DR. SYED MOHD JEFFRI BIN SYED JAAFAR
Department of Fiqh-usul and Applied Sciences
Academy of Islamic Studies
syedjeffri89um.edu.my| View CV | |
| View 1-Page CV | |
| Publons | |
| Scopus Link | |
| Biography | |
|
Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar merupakan anak kelahiran Temerloh Pahang. Beliau merupakan lulusan cemerlang Sarjana Muda Syariah (Fiqh & Usul) daripada Universiti Malaya pada tahun 2012 di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pada tahun 2013, beliau telah ditawarkan menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah secara fast track dalam bidang fiqh dan Usul di Universiti yang sama dengan mendapat tajaan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI). Beliau telah berjaya menyelesaikan pengajian dengan GOT “Graduate on Time” di peringkat doktor falsafah pada tahun 2017. Sepanjang pengajian, beliau sempat menimba ilmu di beberapa buah negara luar seperti di Jami’ah Ain Syam, Mesir (2010) dan di Dar Mustafa, Yaman (2014). Antara kepakaran utama beliau ialah haji dan umrah. Seorang yang aktif dalam industri haji dan umrah. Pernah bergiat sebagai Mutawif Umrah bermula tahun 2016 . Pada tahun 2024 beliau telah memperolehi tauliah haji sebagai PEKTA TH. Pada tahun 2025 beliau dilantik menjadi Ketua Bimbingan Haji Tanah Suci oleh Pihak Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. Seterusnya pada tahun 2026 beliau telah dipilih sebagai PIHTAS Penyelaras Program Bimbingan Haji Tanah Suci bagi musim 1447H oleh pihak Tabung Haji. Selain itu beliau turut mempunyai pelbagai penyelidikan dari agensi swasta mahupun Tabung Haji berhubung perkembangan dan isu-isu dalam industri haji dan umrah Tanah air dan Tanah Suci. Beliau juga seorang yang aktif terlibat dalam membentang kertas kerja dalam seminar haji dan umrah serta muzakarah haji di peringkat kebangsaan. Turut terlibat dalam membentuk Garis Panduan kesihatan Bakal Haji 2026 (TH) dan juga panel dalam pembentukan manual pengurusan Mutawif oleh JAWHAR. Beliau juga turut aktif menyampaikan kursus-kursus haji di Tanah Air. Antara kepakaran dan bidang yang menjadi keutamaan dan turut diterokai oleh beliau adalah usul fiqh, pemikiran hukum, fiqh ibadat serta fiqh kontemporari. Beliau seorang yang aktif di dalam penyelidikan, penulisan, penerbitan dan persidangan baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Kini beliau berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Jabatan Fiqh-Usul & Sains Gunaan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. |
|
Publication
Finance
| Project Title | Progress | Status |
|---|---|---|
| Panduan Prakfikal Haji Dan Umrah: Rujukan Lengkap Untuk Jemaah Malaysia |
|
end |
| Ibadat Umrah Dalam Pembentukan Modal Insan: Kajian Dalam Kalangan Jemaah Umrah Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd |
|
end |
| This information is generated from Research Grant Management System | ||
The Necessity of Standard Operation Procedure (SOP) for Jawatankuasa Muzakarah MKI in Argumentation with Al-Quran in Current Views of Islamic Law
Comparison of Fatwas on the Use of Menstrual Delay Medications for Women During Ramadan Between Dar al-Ifta' al-Misriyyah and the Indonesian Ulema Council (MUI) from the Perspective of Maqasid al-Shari’ah
Al-Būtī vs. Al-Qaradāwī: A Comparative Study of Thought on Al-Khurūj 'Alā Al-Hukkām
The Fatwa of Bahthul Masail Nahdhatul Ulama on the Use of Menstruation-Postponing Medication during Ramadan from the Perspective of Maqāṣid al-Sharīʿah
Budaya Popular Dalam Masyarakat Melayu: Analisis Perspektif Hukum Islam
Pengantar Hukum Syarak: Teori dan Aplikasi
Cabaran Jemaah Haji Wanita dalam Menunaikan Haji
Istita'ah Mental dalam Manasik Ibadat Haji
PENGURUSAN JENAZAH KETIKA PENULARAN WABAK COVID-19 DARI PERSPEKTIF MASLAHAH
Konflk dalam Kalangan Agamawan: Faktor dan Implikasian Terhadap Kelestarian Keluarga Malaysia Pasca Pandemik Covid 19
