Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar merupakan anak kelahiran Temerloh Pahang. Beliau merupakan lulusan cemerlang Sarjana Muda Syariah (Fiqh & Usul) daripada Universiti Malaya pada tahun 2012 di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pada tahun 2013, beliau telah ditawarkan menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah secara fast track dalam bidang fiqh dan Usul di Universiti yang sama dengan mendapat tajaan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI). Beliau telah berjaya menyelesaikan pengajian dengan GOT “Graduate on Time” di peringkat doktor falsafah pada tahun 2017. Sepanjang pengajian, beliau sempat menimba ilmu di beberapa buah negara luar seperti di Jami’ah Ain Syam, Mesir (2010) dan di Dar Mustafa, Yaman (2014). Antara kepakaran utama beliau ialah haji dan umrah. Seorang yang aktif dalam industri haji dan umrah. Pernah bergiat sebagai Mutawif Umrah bermula tahun 2016 . Pada tahun 2024 beliau telah memperolehi tauliah haji sebagai PEKTA TH. Pada tahun 2025 beliau dilantik menjadi Ketua Bimbingan Haji Tanah Suci oleh Pihak Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. Seterusnya pada tahun 2026 beliau telah dipilih sebagai PIHTAS Penyelaras Program Bimbingan Haji Tanah Suci bagi musim 1447H oleh pihak Tabung Haji. Selain itu beliau turut mempunyai pelbagai penyelidikan dari agensi swasta mahupun Tabung Haji berhubung perkembangan dan isu-isu dalam industri haji dan umrah Tanah air dan Tanah Suci. Beliau juga seorang yang aktif terlibat dalam membentang kertas kerja dalam seminar haji dan umrah serta muzakarah haji di peringkat kebangsaan. Turut terlibat dalam membentuk Garis Panduan kesihatan Bakal Haji 2026 (TH) dan juga panel dalam pembentukan manual pengurusan Mutawif oleh JAWHAR. Beliau juga turut aktif menyampaikan kursus-kursus haji di Tanah Air. Antara kepakaran dan bidang yang menjadi keutamaan dan turut diterokai oleh beliau adalah usul fiqh, pemikiran hukum, fiqh ibadat serta fiqh kontemporari. Beliau seorang yang aktif di dalam penyelidikan, penulisan, penerbitan dan persidangan baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Kini beliau berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Jabatan Fiqh-Usul & Sains Gunaan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
PROFILE
Address
Department of Fiqh-usul and Applied Sciences, Academy of Islamic Studies Office of The, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
Website
umexpert.um.edu.my/syedjeffri89
CONTACT
Telephone
0379676011
Email
syedjeffri89
RESEARCH ID
Orcid id
https://orcid.org/0000-0001-9786-9658
Researcher id
ABA-2520-2021
Scopus id
57201213298