Nor Hazrul bin Mohd. Salleh adalah anak kelahiran negeri Kelantan. Dilahirkan pada 23 Mac 1971 di Kg. Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di SK Alor Bakat dari tahun 1978-1983. Kemudian menyambung pengajian ke SMKA Falahiah, Pasir Pekan, Kelantan dari tahun 1984-1987. Selepas itu, meneruskan pengajian peringkat menengah di Kolej Islam Kelang dari 1987-1989. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Hasan II, Mohammedia, Morocco pada tahun 1989-1991. Kemudian berpindah ke Universiti Mohamed V, Rabat, Morocco dari tahun 1991-1995 dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Arab (pengkhususan Sastera Arab). Mendapat Diploma Pendidikan (Bahasa Arab/Pendidikan Islam) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1997. Seterusnya menyambung pelajaran peringkat Sarjana di Universiti Malaya dan dianugerahkan ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden (MMLS-Master of Modern Language Studies) pengkhususan Fonetik Arab pada tahun 2010. Dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D Edu) bidang Pendidikan (Teaching Arabic to non-Arabic Speakers) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2017. Pernah berkhidmat sebagai guru di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) tahun 1996-1998. Kemudian bertugas sebagai Pensyarah/Pegawai Latihan di Pusat Bahasa Arab (PBA), YIK dari tahun 1999-2003. Dilantik sebagai Guru Bahasa di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan (APIUMNP) mulai 2003 dan sekarang menyandang jawatan Guru Bahasa Kanan sejak 17 Mei 2010. Diamanahkan tanggungjawab sebagai Penyelaras Bahasa Arab APIUMNP mulai 16 September 2006 hingga 2011. Dilantik sebagai Penyelaras Program Khas Bahasa Arab (PKBA) dari 02 Jun 2022 hingga sekarang. Diamanahkan juga sebagai Pengetua Kolej Kediaman Nilam Puri (sekarang Kolej Kediaman UMEC Bachok) mulai 1 Ogos 2010 hingga sekarang.
show more »Muhd Sufillah bin Mohd Soyong ialah seorang penyarah bahasa di Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-bahasa Timur Tengah di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Anak jati negeri Serendah Sekebun Bunga ini berasal dari daerah Kubang Kerian, Kota Bharu. Tanggal 24 Disember 1984 menjadi detik sejarah kelahiran beliau di Hospital Besar Kota Bharu yang diberi nama Hospital Raja Perempuan Zainab II. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dan dibesarkan oleh seorang ayah yang telah berhijrah kepada agama fitrah ini. Mohd Soyong bin Abdullah ataupun nama sebelum memeluk agama yang mulia ini adalah Soo Sow Yong adalah seorang muallaf berbangsa Cina yang telah dilahirkan pada 24 Januari 1947 oleh ibunda yang berasal dari Tanah Besar China. Setelah hidup dan membesar dalam masyarakat Melayu di Kampung Tanjung Gadung, Negeri Sembilan, beliau telah mendalami Islam dan memilih untuk melalui jalan kebenaran ini lalu membuat keputusan untuk berhijrah ke negeri Serambi Mekah. Disana beliau telah tertarik dengan anak gadis Kampung Kedai Piah, Ketereh lalu memutuskan untuk hidup bersama sang gadis dinegeri ini. Hasil perkongsian hidup bersama Siti Fatemah binti Abdullah, beliau dikurniakan 6 cahaya mata, seorang srikandi sulung dan 5 orang pahlawan. Muhd Sufillah adalah anak yang keempat yang berkongsi sifat tanah bersama kakanda sulung. Beliau telah mendapat pendidikan awal sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1, Kota Bharu, Kelantan bermula dari darjah satu sehingga darjah enam. Walaupun bintangnya tidak terlalu menyerlah disekolah ini, tetapi beliau terpilih untuk menjadi pengawas ketika berada didarjah enam. Beliau pernah mewakili sekolah dalam permainan badminton dan mendapat pingat Perak peringkat MSSK negeri Kelantan. pernah jupa terpilih sekali untuk mewakili Kelantan tetapi tewas dipusingan awal menentang negeri pahang ketika itu. Beliau aktif dalam sukan-sukan lain dan pernah mewakili sekolah dalam sukan bola tampar, hoki dan galah panjang juga. Melangkah ke alam remaja, ayahanda tercinta telah memilih untuk memberi pendidikan agama dan bahasa Arab untuk semua anak-anak beliau lalu dihantar untuk meneruskan pelajaran sekolah menengah di SMA(A) Ma'ahad Muhammadi lilbanin, Kota Bharu. Salah sebuah sekolah menengah agama Arab yang terkemuka dinegeri bertuah ini. Maka bermulalah episod baru dalam hidup beliau bermula dengan peringkat peralihan, naik ke tingkatan 1 hinggalah ujian yang paling berat menimpa hidup di tingkatan 2 pada tarikh penuh duka 19 Februari 1999 apabila ayahanda tercinta dijemput mengadap YANG MAHA KUASA selepas diuji dengan penyakit strok buat kali kedua setelah mengalaminya kali pertama pada 1993. Walaupun terpaksa menghadapi ujian hidup yang amat berat ini, ujian PMRU iaitu Penilaian Menengah Rendah Ugama juga perlu dihadapi pada tahun yang sama. Berkat ayahanda dan Bonda yang senantiasa mendoakan insan yang kerdil ini, beliau telah berjaya memperolehi 9A dan 1B. Tidak pernah terdetik dalam hati Bonda tercinta untuk melepaskan anakanda daripada belaian kasih sayang beliau, tetapi takdir tertulis dan anakanda beliau ditawarkan untuk melanjutkan pengajian peringkat sekolah menengah rendah di Kuwait bersama seorang lagi rakan, Mohd Lotfi bin Nor Azmi. Teman dan sahabat yang banyak melalui suka duka bersama kerana terpaksa berjauhan dari keluarga tercinta diusia hingusan lagi. Dihujung bulan September 2000, anak muda ini bersama teman seperjuangan menjejak kaki dibumi Kuwait yang penuh tuah dan berkat untuk meneruskan pembelajaran setahun di peringkat sekolah menengah rendah dan 4 tahun di peringkat menengah tinggi hinggalah tergolong dalam 5 teratas pada tahun akhir peperiksaan Rabi' Thanawi yang sama taraf dengan A level. Sekolah yang senantiasa dalam kenangan ini adalah Ma'ahad Dinie Lilbanin, Qortuba. Rentetan itu, beliau ditawarkan pula biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajaran diperingkat sarjana muda di Kuwait Universiti.Disini, beliau memilih Faculty of Arts; Fakulti Sastera dalam bidang sintaksis bahasa Arab. Walaupunhati beliau cenderong kepada Shariah tetapi kerana mengetahui kekurangan diri lalu beliau memilih bidang bahasa Arab sebagai major dan Shari'ah sebagai minor. Pada tahun 2012 beliau berjaya menggenggam segulung ijazah dalam bidang bahasa Arab daripada Universiti Kuwait bahkan telah memperolehi segenggam sijil yang lebih bernilai dan bersejarah dalam hidup beliau setahun sebelum itu pada tarikh keramat, 31 Ogos 2011. Pada tarikh tersebut, beliau mendapat sijil nikah dan bergelar suami kepada Azati binti Ab Aziz. Dipenghujung tahun 2012 beliau pulang ke tanah air dan telah mengambil sijil IELTS untuk tujuan pekerjaan sebagai nilai tambah dan membuka peluang untuk melanjutkan pelajaran di masa hadapan. Sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya, beliau mendapat tawaran untuk menjadi Guru Bahasa di Akademi Pengajian islam Universiti Malaya cawangan Nilam Puri diperingkat asasi. Beliau berada dibawah Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik tetapi ditempatkan dibawah APIUM, Nilam Puri bermula 2 Januari 2013 sehingga Feb 2017. Setelah itu beliau dipanggil kembali untuk berkhidmat di Fakulti Bahasa dan Linguistik bagi membantu jabatan yang dikasihi, Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-bahasa Timur Tengah kerana ramai staf sedia ada sudah mula bersara. Perkhidmatan beliau di jabatan ini bermula pada bulan Februari 2017 sehinggalah ke hari ini. Perjuangan bersama jabatan ini akan diteruskan sehingga hujung nyawa.
show more »Dr. Raja Jamilah Raja Yusof holds a bachelor degree in Information System Engineering from Imperial College of Science, Technology and Medicine, London. She pursued her studies in Master and PhD in Computer Science from the Universiti Malaya. She is currently an Associate Professor in the Department of Software Engineering in Faculty of Computer Science and Information Technology, a member of Centre of Quranic Research, University of Malaya and also a Senior Member of Institute of Electrical and Electronics Engineer (IEEE Senior Member), a member of Association of Computing Machinery (ACM) myHCI-UX. Her area of expertise includes User Experience (UX), Usability of interfaces, Agile Software Development, Computational Algorithms, Computational and Algorithmic Thinking and Problem based approach in teaching Software Engineering Related Subjects including Programming. Her main research interests is in Human Computer Interaction and Computational Algorithms in relation to Software Engineering while Quranic and Islamic information are valued aspects of her research. Currently she holds an industrial grant for AI Datahub for Quranic Application from SmartCore Digital Sdn Bhd. Her current research also revolves around Machine Learning On Automation of Machine Learning projects based on Software Engineering practices, Software Engineering solutions in relation to AI Datahub for Quranic Application, Human-Robot Interaction and Digital Automated Disaster Management System.
show more »RECENT PUBLICATION
-
Abdullah, Muhammad Fazrin; Jauhari, Iswadi; Sabri, Mohd Faizul Mohd; Ghazali, Nik Nazri Nik (2025). A Novel Vertical Axis Parallel Turbines System for in-pipe Hydropower Generation: Conceptual Design and Preliminary Experiment. Energy Sources Part a-recovery Utilization and Environmental Effects
-
Shaharudin, Mohd Rizaimy; Zailani, Suhaiza; Tan, Keah-Choon; Cross, James; Hotrawaisaya, Chattrarat (2025). Fostering Closed-loop Supply Chain Orientation by Leveraging Strategic Green Capabilities for Circular Economy Performance: Empirical Evidence from Malaysian Electrical and Electronics Manufacturing Firms. Environment Development and Sustainability
-
Wong, Li Ping; Alias, Haridah; Tan, Sik-Loo; Sia, Thiam Eng; Saw, Aik (2025). An Exploration of Death Anxiety of Family Members of Silent Mentor Body Donation Program. Omega-journal of Death and Dying
-
Altarturi, Hamza H. M.; Nor, Adibi Rahiman Md; Jaafar, Noor Ismawati; Anuar, Nor Badrul (2025). A Bibliometric and Content Analysis of Technological Advancement Applications in Agricultural E-commerce. Electronic Commerce Research
-
Zhao, Yang; Hamidi, Mashitah; Abd Wahab, Haris (2025). Challenges of Palliative Care in Advanced Cancer Patients in The Chinese Mainland: a Qualitative Study. Omega-journal of Death and Dying
TOTAL PUBLICATIONS AS OF DATE 2108
LATEST AWARDED GRANT
-
UM Case Study Centre (umcsc)--co-create High-impact Teaching Cases, Policy Analyses, and Evidence-based Insights
-
Global Collaboration Initiative for Research Excellence?sustaining High Impact Partnerships and Facilitating Cross-border Knowledge Creation.
-
Neuro Behavioural Lab (nb-lab)--elevate Research Capabilities in Behavioural Science, Neuromarketing, and Decision Analytics
-
Stakeholder Engagement for Plant Molecular Farming Technology in Malaysia
-
Integrating Real-time Vlbi Infrastructure and Robust Rfi Monitoring for National Cybersecurity and Scientific Sovereignty in Malaysia
-
Big Data-enabled Tag-sensor System for Smart Electrical Safety and Asset Management in Power Plants
-
Development of Bio-based Flocculants for Industrial Wastewater Treatment: Towards Sustainable Sludge Management
-
Revolutionizing Oral Health With Ai-powered Intraoral Scanning Device
