Profesor Dr. Mohd Fauzi Hamat, dilahirkan pada 08 Ogos 1969 di Kampung Banggol Setol, Pasir Mas, Kelantan, Malaysia dan telah berkahwin dengan Puan Nurilhuda Haji Endut serta dikurniakan empat orang cahaya mata (dua lelaki dan dua perempuan). Mendapat pendidikan rendah dan menengah di Sekolah Menengah Arab, Khairiah, Banggol Setol, Pasir Mas, Kelantan (1975-1983), kemudian menyambung pengajian ke Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Kuala Terengganu (1987-1990) dan memperolehi Diploma Pengajian Islam (Usuluddin). Selepas itu, menyambung pengajian ke Universiti al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab (1991-1992) di Kulliyah al-Dirasat al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah. Selepas pulang ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai Guru Sandaran di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan. Kemudian, berkhidmat sebagai Tutor di Fakulti Usuluddin, Akademi Islam, Universiti Malaya (sekarang dikenali sebagai Akademi Pengajian Islam) dan memperolehi Ijazah Sarjana Usuluddin (Falsafah Islam) (1997) dan PhD (Falsafah Islam) (2002) daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau dilantik sebagai Pensyarah pada tahun 2002, kemudian dinaikkan pangkat sebagai Pensyarah Kanan pada tahun 2006, Profesor Madya pada tahun 2007 dan Profesor pada tahun 2022. Pernah dilantik sebagai Pengarah/Dekan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (30.8.2021-31.12.2024), Pemangku Pengarah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1.4.2021-29.8.2021), Timbalan Pengarah (Ijazah Tinggi), Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (2016-2021), Ketua Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, UM (2006-2009 & 2010-2012), Ahli Jawatankuasa Rayuan Universiti (2020), Pengurus Jurnal Usuluddin (2003-2006) dan Ketua Editor Jurnal AFKAR (2006-2009 & 2010-2012), Ketua Unit Perundingan Islam (2003-2006) dan Penyelaras Program Pengajian Islam (2003-2006). Pernah menjadi felo penyelidik di Georgtown University, Washington DC (2001), University of Paris 7, Paris (2009) dan Leiden University, The Netherlands (2010). Dari segi khidmat perundingan, beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Dilantik Majlis Raja-Raja Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) (2017-2022), Ahli Panel Pakar Akidah JAKIM (2013-2021), Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (2005-2013), Ahli Panel Penasihat Pembangunan Hal Ehwal Islam (2020-2022), Ahli Panel Deradikalisasi, Kementerian Dalam Negeri (2017-2019), Pakar Rujuk Bagi Kes-Kes Keganasan Yang Disiasat Di Bawah Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-Langkah Khas) 2012 (2018-Kini), Ahli Lajnah Pengawalseliaan Pengamal Pengubatan Islam, Kementerian Kesihatan Malaysia (2018-2023), Ahli Lembaga Pengarah Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (2021-2024), Ahli Lembaga Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2021-2023), Ahli Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang (2012-2023), Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (2023-2025), Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) (2009-2014) & (2018-2023), Panel Jawatankuasa Semakan Kurikulum Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Majlis Peperiksaan Malaysia, Penilai Luar Program Usuluddin, Fakulti Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Sultan Zainal Abidin (UnISZA), Kuala Terengganu (2009-2012) dan lain-lain lagi. Dari segi penglibatan dalam aktiviti luar, pernah menjadi Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), SMKA Maahad Hamidiah, Kajang Selangor (2011-2013), AJK PIBG Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang (2011-2013) dan Timbalan Nazir (Pengerusi) Masjid Bandar Bukit Puchong, Selangor (2009-2012). Pernah menerbitkan beberapa buku ilmiah dan makalah dalam beberapa jurnal ilmiah peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kebanyakan bukunya diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya seperti Akidah dan Pembangunan Modal Insan (2012), al-Asma’ al-Husna dan Modal Insan (2011), Pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (eds) (2007) dan Ketokohan al-Ghazzali di bidang Logik (2005). Kini bertugas sebagai Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya mulai 30.8.2021 hingga 31.12.2024. Pernah menjadi Pengurus Kualiti, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada tahun 2016-2017. Beliau juga pernah berkhidmat di Brunei sebagai Profesor Madya Kunjungan di Fakulti Usuluddin, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (2012-2014).
show more »Dr. Hanira Hanafi is currently an associate professor at the Department of Shariah and Law, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya. She holds a PhD in Islamic Finance from the Durham University UK (2012) and Master of Comparative Law (2003) and Bachelor of Law (2002) from International Islamic University Malaysia. She was admitted as an Advocate and Solicitor of the High Court of Malaya in 2004. Her research interest lies broadly in the area of Islamic Finance, law and public policy particularly related to Digital Economy and Person with Disabilities. She has also published numerous articles in national and international journals on those areas. She has also contributed in term of administration as a Deputy Director of Ungku Aziz Centre for Development Studies from 2017 until 2019.
show more »Dr Ahmad Syadi is an Associate Professor and Senior Consultant Cardiologist. He is active in research and has published extensively in the field of cardiology as well as being involved in many investigator initiated and industry driven clinical trials. He has received many recognitions for his contributions in cardiology by international and local governing bodies: Fellowship of National Heart Asscociation of Malaysia (FNAHM) Fellowship of the Asean Federation of Cardiology (FAsCC) Fellowship of the European Society of Cardiology (FESC) Fellowship of the American College of Cardiology (FACC) Fellowship of Society of Cardiovascular Angiography & Intervention (FSCAI) He has been appointed in various national and international key positions. His recent appointments are as below: Chairman of the Malaysian Society of Atherosclerosis (2024-2027) Chairman of the Malaysian NCVD-ACS Steering Committee (2022-2025) Council Member of the National Heart Association Malaysia (NHAM) (2024-2027) Council Member of the Asia Pacific Society of Atherosclerosis and Vascular Disease (APSAVD) (2024-2025) Organising Chair of the Asia Pacific Society of Atherosclerosis and Vascular Disease Congress (APSAVD) 2023 Scientific Chair of the Malaysian Live Interventional Cardiology Conference 2023 Clinical Practice guideline in Dyslipidaemia writting committee 2023 Dr Ahmad Syadi is also active in undergraduate and postgraduate teachings. He has produced many PhD and Master graduates under his supervision.
show more »RECENT PUBLICATION
-
Islam, Ameena; Md Syed, Md Azalanshah (2026). Journalistic Professionalism in a Time of Paradoxes: ntv Online and "alternative Voice" in Bangladesh. Journalism Practice
-
Adams, Donnie; Sothinathan, Jayanti S.; Radzi, Norfariza Mohd (2026). Science Mapping The Evolution of Middle Leadership Research, 2002-2023. Educational Management Administration & Leadership
-
Ooi, Ai-Yee; Lim, Kian-Ping (2026). Multiple Blockholders and Governance Through Voice: Evidence from Blockholder Board Representation. Applied Economics Letters
-
Daghigh, Ali Jalalian; Guo, Lisha (2026). A Socio-cognitive Account of Ideological Manipulation in Chinese Translation of Political Opinion Articles. Journalism Practice
-
Azahari, Ahmad Fikri Azfar Ahmad; Naim, Wan Naimah Wan Ab; Sari, Nor Ashikin Md; Lim, Einly; Mokhtarudin, Mohd Jamil Mohamed (2026). Advancement in Computational Simulation and Validation of Congenital Heart Disease: a Review. Computer Methods in Biomechanics and Biomedical Engineering
TOTAL PUBLICATIONS AS OF DATE 214
LATEST AWARDED GRANT
-
Pengukuhan Literasi Muamalat Asnafpreneur Ke Arah Keberkatan Rezeki
-
Pemerkasaan Asnaf Remaja Melalui Literasi Muamalat dan Kewangan Islam
-
School Management Health Diagnosis to Improve The Quality of Education in The Context of Education in Indonesia and Malaysia
-
Biomonitor X: Next-generation Biodiversity Surveillance
-
Design of a State of The Art High-ratio Converter in 130nm Technology Node
-
Assessment and Optimisation of Leachate-to-biogas Conversion for Msw Power Plant Applications
-
Utilization of Carboxylated Cellulose Nanocrystal Film for Efficient Adsorption of Dysprosium from Aqueous Solutions
-
Improvisation of Universiti Malaya Grant Management System Via Web-based Workflow Automation
