DR. MUHAMMAD RIDHA BIN ALI HUDDIN

Dr. Muhammad Ridha bin Ali Huddin merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-bahasa Timur Tengah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Beliau juga adalah bapa kepada lima orang anak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jawi, Pulau Pinang. Beliau kemudian menamatkan persekolahan di SMK Seri Nibong, Pulau Pinang. Beliau menyambung pengajian di Darul Quran JAKIM bagi peringkat Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat (Syariah) pada 2009-2012. Kemudian, bagi Ijazah Sarjana Muda pula, beliau meneruskan pengajian di Universiti Putra Malaysia (pengkhususan bahasa Arab, minor bahasa Inggeris) di bawah biasiswa Skim Pembiayaan Hafiz JAKIM. Beliau berjaya menamatkan pengajian Sarjana Muda dalam masa 2 tahun setengah sahaja iaitu pada akhir 2012 hingga awal 2015. Beliau meneruskan pengajian bagi peringkat Sarjana (Masters) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Linguistik Arab di bawah biasiswa KPT-Mybrain. Tesis master beliau adalah dalam bidang Fonetik dan Fonologi Arab. Beliau berjaya bergraduat pada masanya (graduate on time) iaitu pada tahun 2017. Pada tahun 2018, beliau berjaya ditawarkan fellowship berprestij iaitu Skim Latihan Akademik Bumiputera oleh Universiti Malaya serta mendapat tajaan penuh daripada Kementerian Pendidikan Tinggi bagi pengajian Ijazah Kedoktorannya di Universiti Malaya dalam bidang Fonetik dan Fonologi (Arab), serta beliau berjaya menamatkan kedoktorannya secara rasmi pada awal tahun 2024. Dr. Muhammad Ridha juga merupakan pemegang tauliah mengajar al-Quran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi kategori dewasa dan kanak-kanak sejak tahun 2014. Selain itu, kecenderungan utama beliau adalah pada bidang Fonetik dan Fonologi; fonetik artikulatori, fonetik akustik dan fonetik auditori. Tidak kurang juga pada bidang Psikolinguistik Arab; Pemerolehan Bahasa Kedua dan Fosilisasi Bahasa. Beliau kini sedang aktif berkolaborasi bersama Persatuan Berdaftar/NGO dalam beberapa penyelidikan berkaitan psychological phonology dan psikolinguistik dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas (Disleksia) dari aspek literasi bahasa Arab, memori kerja (working memory) dan pemprosesan fonologi.

show more »
PROF. DR. SURINDERPAL KAUR A/P CHANAN SINGH

Surinderpal Kaur is a Professor and the Dean of the Faculty of Languages and Linguistics at the Universiti Malaya, Malaysia. She holds a PhD from Lancaster University, UK. With a career spanning over three decades, she has made significant contributions to the fields of linguistics, critical discourse studies, and multimodality. Her expertise lies in Critical Discourse Studies and Multimodality, with research interests spanning discrimination and prejudice, particularly in migration, Islamophobia, far-right extremism, terrorism, gender, and sexuality. She has been invited to speak by the Director-General of the OIC on Islamophobia at the UN for the International Day Against Islamophobia in 2024. She has also been invited to speak on Islamophobia by the Ministry of Foreign Affairs of the Czech Republic. She has published extensively in reputable journals, contributing to the global understanding of how discourse shapes and reflects social realities.​ Currently, her work centres on climate change communication and education, reflecting her commitment to addressing pressing global challenges. She is also the Co-Chair of the University Malaya Committee for Climate Change which functions as a part of the technology advisory panel for Climate Change for the Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability. As Co-Chair, she is focused on ensuring that UM obtains observer status at the Conference of Parties for Climate Change, and also for UM to take the lead in climate-related research in the nation. She has represented Malaysia and UM at COP29 (UNFCCC) in Baku on Humanising Sustainability. She is currently the Dean of the Faculty of Languages and Linguistics at UM. She is also the Vice-Chair for the Malaysian Language Deans Council, and is leading the taskforce for all public universities on Technology Enhanced Language Learning (TELL). She is committed to embedding digital humanities in the teaching and learning of languages and is focused on establishing a Digital Humanities Centre at the faculty, which will be the hub for TELL for the nation and ASEAN.  Beyond academia, she is actively involved in capacity-building initiatives for Punjabi and Sikh youth in Malaysia, fostering leadership and community development.  Her career reflects a deep commitment to inclusive education, interdisciplinary collaboration, and the application of linguistics to address pressing social and environmental challenges. She continues to shape national and international discourse on the critical role of language in society.  

show more »
ASSOCIATE PROF. DR. MOHAMAD SALEEH BIN RAHAMAD @ AHAMAD

Mohamad Saleeh Rahamad lahir pada 1964 di Chemor, Perak. Berkelulusan Ijazah Sarjana Sastera dan PhD daripada Universiti Malaya. Beliau kini menjadi pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya. Sebelum itu beliau pernah menjadi wartawan dan subeditor akhbar Watan selama hampir dua tahun. Beliau pernah memenangi beberapa sayembara penulisan seperti Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Utusan Melayu--Public Bank, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, Sayembara Cerpen Esso-Gapena VII, Sayembara Cerpen DBKL-DBP (1990), Sayembara Cerpen Inter-Varsiti.     Kerap dilantik menjadi hakim sayembara sastera dan hadiah penghargaan sastera: Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU), Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan 2015, Hadiah Sastera Darul Ta’zim, Hadiah Sastera Darul Iman, Anugerah Sastera Negeri Kelantan, Hadiah Sastera Penulis Sarawak, Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja DBP-PSM 2014/2015, Sayembara Fiksyen Sains dan teknologi UTM-Kumpulan Utusan, Sayembara Novel Sejarah Johor Darul Ta’zim, dan lain-lain.     Kini beliau merupakan Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) (sejak 2010) dan Ahli Jawatankuasa Kerja Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), ahli seumur hidup Lembaga Pembangunan Sastera Negeri Perak (LEPAS), dan ahli Persatuan Editor Malaysia. Mewakili PENA juga dilantik sebagai Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penerbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia-PENA.        Di Jabatan Pengajian Media beliau mengajarkan subjek Penguasaan Bahasa Komunikasi, Bentuk dan Gaya Penulisan Media, Menulis Kritikan Kesusasteraan, Menulis Cerpen, Menulis Puisi, Menulis Novel, Penyuntingan, Menulis Biografi, Penulisan Rencana, dan Karya Agung.  

show more »

RECENT PUBLICATION

LATEST AWARDED GRANT