ASSOCIATE PROF. DR. FAIZURI BIN ABD. LATIF
Department of Akidah and Islamic Thought
Academy of Islamic Studies
fa72um.edu.myView CV | |
Publons | |
Scopus Link | |
Biography | |
Faizuri Bin Abd Latif dilahirkan pada tahun 1972 di Jerteh, Besut, Terengganu. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin BA (Hons) Akidah Dan Falsafah Di Universiti al-Azhar, Mesir (1996), Sarjana Usuluddin, Universiti Malaya (2003) dan seterusnya menyelesaikan Phd di Universiti Malaya pada tahun 2009. Beliau kini menjawat jawatan Profesor Madya di Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya. Sepanjang bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, beliau giat menulis pelbagai artikel berkaitan akidah, Pemikiran Islam, akidah di Alam Melayu dan sebagainya. Selain itu, beliau turut terlibat membentangkan kertas kerja seminar sama ada di peringkat Kebangsaan atau Antarabangsa. Setakat ini beliau telah menghasilkan lebih daripada 50 artikel dalam Jurnal Kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga telah menghasilkan beberapa buah buku, dua daripadanya diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP). Di Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam beliau diamanahkan untuk menjalankan beberapa tugas pentadbiran, selain mengajar pelbagai kursus di peringkat Sarjana Muda dan Sarjana antaranya `Aqaid al-Islamiyyah, Isu Semasa Akidah Dan Pemikiran Islam, Kajian Bibliografi Akidah Dan Pemikiran Islam, Kajian Ajaran salah Di Malaysia, al-Falsafah al-Islamiyyah, Pengantar Pengajian Usuluddin, Karya akidah Dan Pemikiran Islam dan sebagainya. |