Thuraya Mohd Said @ Hashim merupakan seorang anak jati Seremban, Negeri Sembilan yang dilahirkan di Mekkah, Arab Saudi. Beliau memiliki latar belakang pendidikan yang unik dengan mendapat pendidikan awal di peringkat sekolah rendah dan menengah di sekolah kerajaan Arab Saudi dari tahun 1983 hingga 1995. Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1996, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Bachelor of Islamic Revealed Knowledge and Heritage (Fiqh and Usul al-Fiqh) pada tahun 2000. Kecemerlangan akademik beliau diteruskan di universiti yang sama sehingga dianugerahkan ijazah Sarjana Master of Islamic Revealed Knowledge and Heritage (Fiqh and Usul al-Fiqh) pada tahun 2005. Kerjaya beliau di Universiti Malaya bermula pada tahun 2006 sebagai Guru Bahasa Sambilan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan (APIUMNP). Setelah berkhidmat sebagai Guru Bahasa Kontrak, beliau kemudiannya dilantik ke jawatan tetap pada tahun 2015. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah mempamerkan dedikasi yang tinggi melalui pelbagai tanggungjawab pentadbiran, termasuklah penglibatan dalam semakan kurikulum, penyelarasan subjek dan pengurusan program pelajar. Beliau juga aktif menyumbang sebagai ahli panel penemuduga bagi Program Khas Bahasa Arab (PKBA) serta terlibat dalam pelbagai jawatankuasa penyelidikan dan penerbitan di peringkat akademi. Atas sumbangan dan kepimpinan beliau dalam bidang bahasa, beliau telah diamanahkan untuk menyandang jawatan Ketua Unit Bahasa Arab bermula dari sesi 2022/2023 sehingga kini bagi sesi 2025/2026. Selain tugas hakiki, beliau turut aktif dalam aktiviti penyelidikan yang membuahkan hasil melalui penerbitan artikel jurnal, bab dalam buku dan penghasilan modul pengajaran bahasa Arab. Kecemerlangan beliau diiktiraf melalui pelbagai anugerah, termasuk memenangi beberapa pingat gangsa bagi projek inovasi di International Research and Information Science Expo (iRISE) 2025, serta penganugerahan Sijil Perkhidmatan Cemerlang daripada Universiti Malaya pada tahun 2018.
show more »Mohamadariff Othman received his Bachelor in Electronic Engineering from Multimedia University, Malaysia, in 2006, M.Sc. in RF and Microwave from University of Science Malaysia (USM), Malaysia in 2008 and a Ph.D. in Antenna and Propagation also from USM in 2015. He joined Universiti Malaya, Malaysia as senior lecturer in 2016 after serving in the UCSI University, Malaysia for almost 1 and half year. His research interests include 5G antenna, dielectric material characterization, dielectric resonator antenna, and filtenna. Currently, he extensively investigate UHF antenna for partial discharge detection in high power application.
show more »Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar merupakan anak kelahiran Temerloh Pahang. Beliau merupakan lulusan cemerlang Sarjana Muda Syariah (Fiqh & Usul) daripada Universiti Malaya pada tahun 2012 di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pada tahun 2013, beliau telah ditawarkan menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah secara fast track dalam bidang fiqh dan Usul di Universiti yang sama dengan mendapat tajaan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI). Beliau telah berjaya menyelesaikan pengajian dengan GOT “Graduate on Time” di peringkat doktor falsafah pada tahun 2017. Sepanjang pengajian, beliau sempat menimba ilmu di beberapa buah negara luar seperti di Jami’ah Ain Syam, Mesir (2010) dan di Dar Mustafa, Yaman (2014). Antara kepakaran dan bidang yang sedang diterokai oleh beliau adalah usul fiqh, pemikiran hukum, fiqh ibadat, fiqh haji dan umrah serta fiqh kontemporari. Beliau seorang yang aktif di dalam penyelidikan, penulisan, penerbitan dan persidangan baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Kini beliau berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
show more »RECENT PUBLICATION
-
Islam, Ameena; Md Syed, Md Azalanshah (2026). Journalistic Professionalism in a Time of Paradoxes: ntv Online and "alternative Voice" in Bangladesh. Journalism Practice
-
Adams, Donnie; Sothinathan, Jayanti S.; Radzi, Norfariza Mohd (2026). Science Mapping The Evolution of Middle Leadership Research, 2002-2023. Educational Management Administration & Leadership
-
Ooi, Ai-Yee; Lim, Kian-Ping (2026). Multiple Blockholders and Governance Through Voice: Evidence from Blockholder Board Representation. Applied Economics Letters
-
Daghigh, Ali Jalalian; Guo, Lisha (2026). A Socio-cognitive Account of Ideological Manipulation in Chinese Translation of Political Opinion Articles. Journalism Practice
-
Azahari, Ahmad Fikri Azfar Ahmad; Naim, Wan Naimah Wan Ab; Sari, Nor Ashikin Md; Lim, Einly; Mokhtarudin, Mohd Jamil Mohamed (2026). Advancement in Computational Simulation and Validation of Congenital Heart Disease: a Review. Computer Methods in Biomechanics and Biomedical Engineering
TOTAL PUBLICATIONS AS OF DATE 319
LATEST AWARDED GRANT
-
3d Printed Microneedle for Vaccine Delivery
-
Pengukuhan Literasi Muamalat Asnafpreneur Ke Arah Keberkatan Rezeki
-
Pemerkasaan Asnaf Remaja Melalui Literasi Muamalat dan Kewangan Islam
-
Bersama Elak Buli Agar Selamat (bebas) - Together Against Bullying, Building Safer Spaces
-
Design of a State of The Art High-ratio Converter in 130nm Technology Node
-
Understanding The Cash Trust Phenomenon in Malaysia: from Legal Loopholes to Investor Protection Strategies [financial Literacy, Investor Vulnerability and Policy Responses ]
-
Assessment and Optimisation of Leachate-to-biogas Conversion for Msw Power Plant Applications
-
School Management Health Diagnosis to Improve The Quality of Education in The Context of Education in Indonesia and Malaysia
