Profile

DR. MARZUDI MD YUNUS

Dean Office

Academy of Malay Studies

marzudium.edu.my

Academic Links

Marzudi Md Yunus merupakan Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Beliau memiliki kepakaran multidisiplin yang merangkumi bidang antropologi dan sosiologi serta seni lukis dan seni reka. Dalam bidang antropologi dan sosiologi, pengkhususan beliau tertumpu kepada hubungan serta interaksi sosial antara etnik dan budaya. Manakala dalam bidang seni reka, beliau memberi fokus kepada Komunikasi Visusl dan reka bentuk kreatif barang kemas dan barangan perak. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Seni Reka Logam Halus daripada Universiti Teknologi MARA. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian pada peringkat sarjana dalam bidang seni reka dengan pengkhususan terhadap pembangunan identiti logo automotif di universiti yang sama. Beliau kemudiannya memperoleh ijazah kedoktoran daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang antropologi dan sosiologi dengan fokus kajian terhadap interaksi sosial antara etnik dan budaya. Sebelum menyertai dunia akademik, beliau mempunyai pengalaman profesional yang luas dalam sektor korporat dan industri kreatif. Beliau pernah berkhidmat sebagai Eksekutif Pemasaran dan Periklanan di Lion Suzuki Marketing Sdn. Bhd. serta Ketua Unit Grafik di bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Suzuki Assembler (M) Sdn. Bhd. Selain itu, beliau turut berpengalaman dalam sektor awam sebagai Pereka Komunikasi Visual di Unit Pameran dan Publisiti Luar, Jabatan Penerangan Malaysia. Di Jabatan tersebut, beliau bertanggungjawab mengurus pameran di peringkat konuniti hinggalah ke peringkat kebangsaan. Gabungan pengalaman industri dan akademik menjadikan beliau mempunyai kekuatan dalam mengintegrasikan pendekatan teori dan praktikal secara seimbang. Kepakaran rentas disiplin yang dimiliki membolehkan beliau menyumbang secara aktif dalam bidang penyelidikan, pembangunan masyarakat, budaya, komunikasi visual serta reka bentuk kreatif secara holistik dan berimpak tinggi.

Marzudi Md Yunus is a Senior Lecturer at the Academy of Malay Studies, University of Malaya. He has multidisciplinary expertise that includes the fields of anthropology and sociology as well as art and design. In the field of anthropology and sociology, his specialization is focused on the relationship and social interaction between ethnicities and cultures. Meanwhile, in the field of design, he focuses on Visual Communication and creative design of jewelry and silverware. He obtained a Bachelor's Degree in Fine Metal Design from Universiti Teknologi MARA. Subsequently, he pursued his studies at the master's level in design with a specialization in automotive logo identity development at the same university. He later obtained a doctorate from Universiti Kebangsaan Malaysia in the field of anthropology and sociology with a focus on social interaction between ethnicities and cultures. Before joining the academic world, he had extensive professional experience in the corporate sector and creative industries. He served as a Marketing and Advertising Executive at Lion Suzuki Marketing Sdn. Bhd. and Head of the Graphics Unit in the Research and Development (R&D) division of Suzuki Assembler (M) Sdn. Bhd. In addition, he also has experience in the public sector as a Visual Communication Designer in the Exhibition and Outdoor Publicity Unit. Apart from that, he also has experience in the public sector as a Visual Communications Designer at the Exhibition and Outdoor Publicity Unit, Department of Information Malaysia. In that department, he was responsible for managing exhibitions at the community level to the national level.The combination of industry and academic experience makes him strong in integrating theoretical and practical approaches in a balanced manner. His cross-disciplinary expertise allows him to actively contribute in the fields of research, community development, culture, visual communication and creative design in a holistic and high-impact manner.

Annual Publications
Annual Research Projects
Supervision
Master PhD Dual PhD