DR. AHMAD NAJIB BIN ABDULLAH
Dean Office
Academy of Islamic Studies
dr_najibum.edu.myView CV | |
Publons | |
Scopus Link | |
Biography | |
Ahmad Najib bin Abdullah, dilahirkan pada 3 Mac 1966 di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kubang Kerian ( 1973-1978). Beliau melanjutkan pengajian peringkat menengah di Ma’ahad Muhammadi Kota Bharu ( 1979-1985 ). Seterusnya beliau menyambung pengajian di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Usuluddin ( 1989 ), Sarjana Tafsir ( 1994), dan Ijazah Kedoktoran Ph.D Tafsir (1998 ). Sekembali ke tanahair, beliau berkhidmat di Ma’ahad Al-Dakwah Wa Al-Imamah sebelum diserap menjadi Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra ( KIAS ). Selain memegang jawatan pensyarah, beliau telah diberi kepercayaan menjadi Ketua Jabatan Dakwah dan Ketua Jabatan Usuluddin. Terakhir beliau dilantik menjawat jawatan Timbalan Ketua Eksekutif ( HEP ) KIAS. Pada 1 Januari 2008, beliau bertugas sebagai pensyarah kanan di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, cawangan Nilam Puri. Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah dilantik menjadi Ahli Jamaah Tashih Tafsir JAKIM, Panel Pakar Aqidah JAKIM, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Ahli Jama’ah Penulis Majalah PENGASUH, Ahli Jawatankuasa Buku Teks Yayasan Islam Kelantan ( YIK ) dan Ahli Jawatankuasa Penyelidikan dan Membasmi Ajaran Sesat (MAIK ). Di peringkat Universiti Malaya kampus Nilam Puri, beliau telah diberi amanah untuk menjawat beberapa jawatan pentadbiran seperti, Penyelaras Penyelidikan dan Pembangunan ( 2008-2011 ),Penyelaras Program Asasi ( 2011-2012), Timbalan Pengarah UM Nilam Puri ( 2013-2020) dan Penyelaras Penyelidikan dan Penerbitan UMEC, Bachok ( 2021-2024 ). |
Publication
Finance
The Art of Quranic Memorization: A Meta-Analysis
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penguasaan Pengajian Ilmu Qiraat : Satu Kajian Di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat MAIK
The Purposes of Changing in Challenging Discourse in The Holy Quran
Sumbangan Haji Muhammad bin Ahmad Al-Kelantani ( 1887 - 1967 ) dalam Bidang Pengajian Al-Quran
MENGHARMONI FANATIK MAZHAB DI MALAYSIA PANDANGAN ILMUAN AL-ASH'ARI DAN AL-SALAFI
PENGURUSAN EMOSI DALAM KISAH NABI YUSUF A.S
Madkhal Al-Aqidah Al-Islamiyyah
Israiliyyat & Hadith Palsu
Kelantan di Bawah Bayangan al-Quran
Penulisan Tafsir Al-Qur'an dalam Majalah Pengasuh
Ulama' al-Hadith wa Ishamatuhum fi Tanqiyah al-Sirah al-Nabawiyyah
Isu-Isu Dalam Sirah Nabi SAW