DR. NOR HAZRUL MOHD SALLEH
Dean Office
Academy of Islamic Studies
hazrulum.edu.myView CV | |
Publons | |
Scopus Link | |
Biography | |
Nor Hazrul bin Mohd. Salleh adalah anak kelahiran negeri Kelantan. Dilahirkan pada 23 Mac 1971 di Kg. Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di SK Alor Bakat dari tahun 1978-1983. Kemudian menyambung pengajian ke SMKA Falahiah, Pasir Pekan, Kelantan dari tahun 1984-1987. Selepas itu, meneruskan pengajian peringkat menengah di Kolej Islam Kelang dari 1987-1989. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Hasan II, Mohammedia, Morocco pada tahun 1989-1991. Kemudian berpindah ke Universiti Mohamed V, Rabat, Morocco dari tahun 1991-1995 dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Arab (pengkhususan Sastera Arab). Mendapat Diploma Pendidikan (Bahasa Arab/Pendidikan Islam) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1997. Seterusnya menyambung pelajaran peringkat Sarjana di Universiti Malaya dan dianugerahkan ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden (MMLS-Master of Modern Language Studies) pengkhususan Fonetik Arab pada tahun 2010. Dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D Edu) bidang Pendidikan (Teaching Arabic to non-Arabic Speakers) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2017. Pernah berkhidmat sebagai guru di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) tahun 1996-1998. Kemudian bertugas sebagai Pensyarah/Pegawai Latihan di Pusat Bahasa Arab (PBA), YIK dari tahun 1999-2003. Dilantik sebagai Guru Bahasa di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan (APIUMNP) mulai 2003 dan sekarang menyandang jawatan Guru Bahasa Kanan sejak 17 Mei 2010. Diamanahkan tanggungjawab sebagai Penyelaras Bahasa Arab APIUMNP mulai 16 September 2006 hingga 2011. Dilantik sebagai Penyelaras Program Khas Bahasa Arab (PKBA) dari 02 Jun 2022 hingga sekarang. Diamanahkan juga sebagai Pengetua Kolej Kediaman Nilam Puri (sekarang Kolej Kediaman UMEC Bachok) mulai 1 Ogos 2010 hingga sekarang. |
Publication
Finance
Project Title | Progress | Status |
---|---|---|
Penggunaan ICT dalam Pembelajaran Bahasa Arab secara Atas Talian Pasca Covid-19: Kajian Kesediaan Guru dan Pelajar di Universiti Awam Malaysia |
|
end |
Penggunaan ICT Dalam Pembelajaran Bahasa Arab Secara Atas Talian Pasca COVID-19: Kajian Terhadap Pelajar Program Khas Bahasa Arab (PKBA) Universiti Malaya. |
|
end |
This information is generated from Research Grant Management System |
Penerimaan Guru Bahasa Arab Sekolah Menengah Kebangsaan Terhadap Pembelajaran Secara Maya
Keunikan Tafsir Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Gagasan Rahmatan li al-Alamin dan Masa Depan Islam dalam Era Kerajaan Pakatan Harapan (PH): Satu Pengamatan Awal
Implikasi Penguasaan Tatabahasa Arab Terhadap Kemahiran Menulis dalam Kalangan Pelajar Asasi Universiti Awam Malaysia
Fann al-Khatabah wa Maharat al-Ilqa': Seni dan Teknik Pidato
Al-Maharat 2
Mukhtasar al-Balaghah al-Wadhihah
Al-Maharat 1
Al-Nasyatat
Musykilat Tadris al-Qawaid al-Arabiyyah l- al-Talabah al-Maliziyyin
Bina al-Jumlah fi al-Arabiyyah wa al-Malayuwiyyah : Dirasah Taqabuliyyah Wasfiyyah
Kaitan antara Ilmu Qiraat al-Quran dan Fonetik Bahasa Arab