Ahmad Najib bin Abdullah, dilahirkan pada 3 Mac 1966 di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kubang Kerian ( 1973-1978). Beliau melanjutkan pengajian peringkat menengah di Ma’ahad Muhammadi Kota Bharu ( 1979-1985 ). Seterusnya beliau menyambung pengajian di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Usuluddin ( 1989 ), Sarjana Tafsir ( 1994), dan Ijazah Kedoktoran Ph.D Tafsir (1998 ). Sekembali ke tanahair, beliau berkhidmat di Ma’ahad Al-Dakwah Wa Al-Imamah sebelum diserap menjadi Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra ( KIAS ). Selain memegang jawatan pensyarah, beliau telah diberi kepercayaan menjadi Ketua Jabatan Dakwah dan Ketua Jabatan Usuluddin. Terakhir beliau dilantik menjawat jawatan Timbalan Ketua Eksekutif ( HEP ) KIAS. Pada 1 Januari 2008, beliau bertugas sebagai pensyarah kanan di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, cawangan Nilam Puri. Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah dilantik menjadi Ahli Jamaah Tashih Tafsir JAKIM, Panel Pakar Aqidah JAKIM, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Ahli Jama’ah Penulis Majalah PENGASUH, Ahli Jawatankuasa Buku Teks Yayasan Islam Kelantan ( YIK ) dan Ahli Jawatankuasa Penyelidikan dan Membasmi Ajaran Sesat (MAIK ). Di peringkat Universiti Malaya kampus Nilam Puri, beliau telah diberi amanah untuk menjawat beberapa jawatan pentadbiran seperti, Penyelaras Penyelidikan dan Pembangunan ( 2008-2011 ),Penyelaras Program Asasi ( 2011-2012), Timbalan Pengarah UM Nilam Puri ( 2013-2020) dan Penyelaras Penyelidikan dan Penerbitan UMEC, Bachok ( 2021-2024 ).
PROFILE
Address
Dean Office, Academy of Islamic Studies Office of The, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
Website
umexpert.um.edu.my/dr_najib
CONTACT
Telephone
09-7793000
Email
dr_najib
jib3366
RESEARCH ID
Orcid id
https://orcid.org/0000-0002-5775-7536
Researcher id
GLV-5212-2022
Scopus id
58421753100