Muhd Sufillah bin Mohd Soyong ialah seorang penyarah bahasa di Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-bahasa Timur Tengah di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Anak jati negeri Serendah Sekebun Bunga ini berasal dari daerah Kubang Kerian, Kota Bharu. Tanggal 24 Disember 1984 menjadi detik sejarah kelahiran beliau di Hospital Besar Kota Bharu yang diberi nama Hospital Raja Perempuan Zainab II. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dan dibesarkan oleh seorang ayah yang telah berhijrah kepada agama fitrah ini. Mohd Soyong bin Abdullah ataupun nama sebelum memeluk agama yang mulia ini adalah Soo Sow Yong adalah seorang muallaf berbangsa Cina yang telah dilahirkan pada 24 Januari 1947 oleh ibunda yang berasal dari Tanah Besar China. Setelah hidup dan membesar dalam masyarakat Melayu di Kampung Tanjung Gadung, Negeri Sembilan, beliau telah mendalami Islam dan memilih untuk melalui jalan kebenaran ini lalu membuat keputusan untuk berhijrah ke negeri Serambi Mekah. Disana beliau telah tertarik dengan anak gadis Kampung Kedai Piah, Ketereh lalu memutuskan untuk hidup bersama sang gadis dinegeri ini. Hasil perkongsian hidup bersama Siti fatemah binti Abdullah, beliau dikurniakan 6 cahaya mata, seorang srikandi sulung dan 5 orang pahlawan. Muhd Sufillah adalah anak yang keempat yang berkongsi sifat tanah bersama kakanda sulung. Beliau telah mendapat pendidikan awal sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1, Kota Bharu, Kelantan bermula dari darjah satu sehingga darjah enam. Walaupun bintangnya tidak terlalu menyerlah disekolah ini, tetapi beliau terpilih untuk menjadi pengawas ketika berada didarjah enam. Beliau pernah mewakili sekolah dalam permainan badminton dan mendapat pingat Perak peringkat MSSK negeri Kelantan. pernah jupa terpilih sekali untuk mewakili Kelantan tetapi tewas dipusingan awal menentang negeri pahang ketika itu. Beliau aktif dalam sukan-sukan lain dan pernah mewakili sekolah dalam sukan bola tampar, hoki dan galah panjang juga. Melangkah ke alam remaja, ayahanda tercinta telah memilih untuk memberi pendidikan agama dan bahasa Arab untuk semua anak-anak beliau lalu dihantar untuk meneruskan pelajaran sekolah menengah di SMA(A) Ma'ahad Muhammadi lilbanin, Kota Bharu. Salah sebuah sekolah menengah agama Arab yang terkemuka dinegeri bertuah ini. Maka bermulalah episod baru dalam hidup beliau bermula dengan peringkat peralihan, naik ke tingkatan 1 hinggalah ujian yang paling berat menimpa hidup di tingkatan 2 pada tarikh penuh duka 19 Februari 1999 apabila ayahanda tercinta dijemput mengadap YANG MAHA KUASA selepas diuji dengan penyakit strok buat kali kedua setelah mengalaminya kali pertama pada 1993. Walaupun terpaksa menghadapi ujian hidup yang amat berat ini, ujian PMRU iaitu Penilaian Menengah Rendah Ugama juga perlu dihadapi pada tahun yang sama. Berkat ayahanda dan Bonda yang senantiasa mendoakan insan yang kerdil ini, beliau telah berjaya memperolehi 9A dan 1B. Tidak pernah terdetik dalam hati Bonda tercinta untuk melepaskan anakanda daripada belaian kasih sayang beliau, tetapi takdir tertulis dan anakanda beliau ditawarkan untuk melanjutkan pengajian peringkat sekolah menengah rendah di Kuwait bersama seorang lagi rakan, Mohd Lotfi bin Nor Azmi. Teman dan sahabat yang banyak melalui suka duka bersama kerana terpaksa berjauhan dari keluarga tercinta diusia hingusan lagi. Dihujung bulan September 2000, anak muda ini bersama teman seperjuangan menjejak kaki dibumi Kuwait yang penuh tuah dan berkat untuk meneruskan pembelajaran setahun di peringkat sekolah menengah rendah dan 4 tahun di peringkat menengah tinggi hinggalah tergolong dalam 5 teratas pada tahun akhir peperiksaan Rabi' Thanawi yang sama taraf dengan A level. Sekolah yang senantiasa dalam kenangan ini adalah Ma'ahad Dinie Lilbanin, Qortuba. Rentetan itu, beliau ditawarkan pula biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajaran diperingkat sarjana muda di Kuwait Universiti.Disini, beliau memilih Faculty of Arts; Fakulti Sastera dalam bidang sintaksis bahasa Arab. Walaupunhati beliau cenderong kepada Shariah tetapi kerana mengetahui kekurangan diri lalu beliau memilih bidang bahasa Arab sebagai major dan Shari'ah sebagai minor. Pada tahun 2012 beliau berjaya menggenggam segulung ijazah dalam bidang bahasa Arab daripada Universiti Kuwait bahkan telah memperolehi segenggam sijil yang lebih bernilai dan bersejarah dalam hidup beliau setahun sebelum itu pada tarikh keramat, 31 Ogos 2011. Pada tarikh tersebut, beliau mendapat sijil nikah dan bergelar suami kepada Azati binti Ab Aziz. Dipenghujung tahun 2012 beliau pulang ke tanah air dan telah mengambil sijil IELTS untuk tujuan pekerjaan sebagai nilai tambah dan membuka peluang untuk melanjutkan pelajaran di masa hadapan. Sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya, beliau mendapat tawaran untuk menjadi Guru Bahasa di Akademi Pengajian islam Universiti Malaya cawangan Nilam Puri diperingkat asasi. Beliau berada dibawah Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik tetapi ditempatkan dibawah APIUM, Nilam Puri bermula 2 Januari 2013 sehingga Feb 2017. Setelah itu beliau dipanggil kembali untuk berkhidmat di Fakulti Bahasa dan Linguistik bagi membantu jabatan yang dikasihi, Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-bahasa Timur Tengah kerana ramai staf sedia ada sudah mula bersara. Perkhidmatan beliau di jabatan ini bermula pada bulan Februari 2017 sehinggalah ke hari ini. Perjuangan bersama jabatan ini akan diteruskan sehingga hujung nyawa.
show more »Hidayah Mohd Fadzil is an associate professor in the Department of Mathematics and Science Education, Faculty of Education. She obtained her Science with Education degree from the University of Malaya, in 2008 and pursued her doctoral study under the fast-track program. She received her fellowship, The Ryoichi Sasakawa Young Leaders Fellowship Fund (Sylff) from Nippon Foundation, Japan, for her doctoral degree in Science Education at the University of Malaya and graduated in 2014. She encourages creativity and exploration in each student. Engaging students in scientific discussions and maintaining strong bonds with them are her priorities. Hidayah's research interests include science practical work, scientist-teacher-student partnership, transition in science from primary to secondary school, 21st-century learning skills in science and biology, and STEM education. She has been involved in and headed several researches, particularly in the area of science education. In 2018, she received an international grant (Early Career Academic Grant) from the Association of Commonwealth Universities (ACU). She has authored and co-authored several books and ISI/SCOPUS-indexed articles in the area of science education. She has also served as an Editorial Board Member for the Indonesia Journal of Biology Education, Editorial Advisory (Asia Region) for Indonesian Journal of Science and Education, Editorial Advisor for Biosfer Biology Education Journal, Editorial Board for Asia Pacific Journal of Educators and Education (SCOPUS), Editorial Member for International Journal of Modern Education, Editorial Review Board for Shanlax International Journal and Editor of Malaysia Online Journal of Educational Sciences (MOJES).
show more »Associate Professor Dr. Lau May Nak serves as an Associate Professor and Consultant Orthodontist at the Department of Paediatric Dentistry & Orthodontics, Faculty of Dentistry, University of Malaya. She obtained her Bachelor of Dental Surgery (BDS) degree from the University of Malaya in 2008. After working as a dental officer in the Ministry of Health, Malaysia for 5 years, she pursued further studies at the University of Malaya, graduating with a Master of Orthodontics (With Distinction) and Membership in Orthodontics from the Royal College of Surgeons of England in 2017. Joining the University of Malaya as a lecturer in 2018, Dr. Lau is actively involved in teaching undergraduate and postgraduate students, conducting research, and treating orthodontic and obstructive sleep apnoea patients. She is among the pioneers who established a multidisciplinary team with various medical and dental specialists at the Universiti Malaya Medical Centre (UMMC) for the management of obstructive sleep apnoea. She also serves in the Combined Oro-Craniomaxillofacial Deformities Clinic and Combined Paediatric Saliva Control Clinic at UMMC. Dr. Lau's research interests span a wide range of topics including orthodontics, anchorage, retention and relapse, teaching and learning methodologies, mandibular advancement appliance therapy, obstructive sleep apnoea, orthodontic materials, 3D printing, and orthognathic surgery. She holds the honorary position of assistant secretary at the Malaysian Association of Orthodontists, and she is a member of the Royal College of Surgeons of England and Glasgow. Additionally, Dr. Lau is a life member of the International Association of Student Clinicians – American Dental Association (SCADA).
show more »RECENT PUBLICATION
-
Abdullah, Muhammad Fazrin; Jauhari, Iswadi; Sabri, Mohd Faizul Mohd; Ghazali, Nik Nazri Nik (2025). A Novel Vertical Axis Parallel Turbines System for in-pipe Hydropower Generation: Conceptual Design and Preliminary Experiment. Energy Sources Part a-recovery Utilization and Environmental Effects
-
Wong, Li Ping; Alias, Haridah; Tan, Sik-Loo; Sia, Thiam Eng; Saw, Aik (2025). An Exploration of Death Anxiety of Family Members of Silent Mentor Body Donation Program. Omega-journal of Death and Dying
-
Altarturi, Hamza H. M.; Nor, Adibi Rahiman Md; Jaafar, Noor Ismawati; Anuar, Nor Badrul (2025). A Bibliometric and Content Analysis of Technological Advancement Applications in Agricultural E-commerce. Electronic Commerce Research
-
Zhao, Yang; Hamidi, Mashitah; Abd Wahab, Haris (2025). Challenges of Palliative Care in Advanced Cancer Patients in The Chinese Mainland: a Qualitative Study. Omega-journal of Death and Dying
-
Lin, Ling-Yi; Lin, Chang-Hsin; Chuang, Tsung-Yen; Loh, Sau Cheong; Chu, Shin Ying (2025). Using Home-based Augmented Reality Storybook Training Modules for Facilitating Emotional Functioning and Socialization of Children With Autism Spectrum Disorder. International Journal of Developmental Disabilities
TOTAL PUBLICATIONS AS OF DATE 1422
LATEST AWARDED GRANT
-
Empowering Change Agents: Building Leadership Capacity for Sustainability Governance in Higher Education
-
Pemerkasaan Komuniti Melalui Pendigitalan Eko-pelancongan Bukit Larut
-
Pemberdayaan Kewangan Untuk Usahawan B40 Bandar
-
Pemberdayaan Kewangan Untuk Usahawan B40 Luar Bandar
-
Dari Tradisi Ke Transformasi: Gerai Makan Lestari Berasaskan Budaya dan Iklim Tropika
-
Blueprinting Ai for Medicine: Charting Malaysia?s Future in Digital Healthcare
-
Inisiatif Pencahayaan Hijau: Lampu Solar Di Bukit Larut
-
Empowering The Healthcare With Ai Mastery