DR. MUHAMMAD RIDHA BIN ALI HUDDIN
Department of Arabic Language and Middle Eastern Languages
Faculty of Languages and Linguistics
mardha67um.edu.myView CV | |
View 1-Page CV | |
Publons | |
Biography | |
Dr. Muhammad Ridha bin Ali Huddin merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-bahasa Timur Tengah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Beliau juga adalah bapa kepada lima orang anak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jawi, Pulau Pinang. Beliau kemudian menamatkan persekolahan di SMK Seri Nibong, Pulau Pinang. Beliau menyambung pengajian di Darul Quran JAKIM bagi peringkat Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat (Syariah) pada 2009-2012. Kemudian, bagi Ijazah Sarjana Muda pula, beliau meneruskan pengajian di Universiti Putra Malaysia (pengkhususan bahasa Arab, minor bahasa Inggeris) di bawah biasiswa Skim Pembiayaan Hafiz JAKIM. Beliau berjaya menamatkan pengajian Sarjana Muda dalam masa 2 tahun setengah sahaja iaitu pada akhir 2012 hingga awal 2015. Beliau meneruskan pengajian bagi peringkat Sarjana (Masters) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Linguistik Arab di bawah biasiswa KPT-Mybrain. Tesis master beliau adalah dalam bidang Fonetik dan Fonologi Arab. Beliau berjaya bergraduat pada masanya (graduate on time) iaitu pada tahun 2017. Pada tahun 2018, beliau berjaya ditawarkan fellowship berprestij tinggi iaitu Skim Latihan Akademik Bumiputera oleh Universiti Malaya serta mendapat tajaan penuh daripada Kementerian Pendidikan Tinggi bagi pengajian Ijazah Kedoktorannya di Universiti Malaya dalam bidang Fonetik dan Fonologi (Arab), serta beliau berjaya menamatkan kedoktorannya secara rasmi pada awal tahun 2024. Dr. Muhammad Ridha juga merupakan pemegang tauliah mengajar al-Quran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi kategori dewasa dan kanak-kanak sejak tahun 2014. Selain itu, beliau juga merupakan Perunding Hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH) serta mempunyai 4 tahun pengalaman dalam industri hartanah di bawah agensi hartanah PutraHomes Realty, Putrajaya. Beliau kini sedang aktif berkolaborasi bersama Persatuan Berdaftar/NGO dalam beberapa penyelidikan berkaitan psychological phonology dan psikolinguistik dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas (Disleksia) dari aspek literasi bahasa Arab, memori kerja (working memory) dan pemprosesan fonologi. |
Publication
Finance
Project Title | Progress | Status |
---|---|---|
Early Arabic Literacy Ability By Using Captioned Video Among Children With Dyslexia: A Case Study |
|
new |
This information is generated from Research Grant Management System |
Perception-production model for Arabic most difficult sounds among Malay primary school children
Advice-seeking and Advice-giving Strategies among Malaysian in Reddit
The satire-hyperbole nexus in Qur'anic interpretation and translation: Ideological implications and strategic approaches
Variation of Arabic Sounds Perception among Malay Children
Lensa Saintifik dalam Fonetik dan Fonologi Arab
Menyingkap Dunia Perunding Hartanah: Mitos, Cabaran dan Strategi
Pelaburan Hartanah: Antara 'Kaca' dan 'Permata'
Fosilisasi Fonologi dalam Bahasa Arab
How to identify research problems