CURRICULUM VITAE

DR. MUHAMMAD RIDHA BIN ALI HUDDIN

(PhD(Linguistic)(Malaya,Malaysia)(2024))
Dr. Muhammad Ridha bin Ali Huddin merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-bahasa Timur Tengah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Beliau juga adalah bapa kepada lima orang anak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jawi, Pulau Pinang. Beliau kemudian menamatkan persekolahan di SMK Seri Nibong, Pulau Pinang. Beliau menyambung pengajian di Darul Quran JAKIM bagi peringkat Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat (Syariah) pada 2009-2012. Kemudian, bagi Ijazah Sarjana Muda pula, beliau meneruskan pengajian di Universiti Putra Malaysia (pengkhususan bahasa Arab, minor bahasa Inggeris) di bawah biasiswa Skim Pembiayaan Hafiz JAKIM. Beliau berjaya menamatkan pengajian Sarjana Muda dalam masa 2 tahun setengah sahaja iaitu pada akhir 2012 hingga awal 2015. Beliau meneruskan pengajian bagi peringkat Sarjana (Masters) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Linguistik Arab di bawah biasiswa KPT-Mybrain. Tesis master beliau adalah dalam bidang Fonetik dan Fonologi Arab. Beliau berjaya bergraduat pada masanya (graduate on time) iaitu pada tahun 2017. Pada tahun 2018, beliau berjaya ditawarkan fellowship berprestij iaitu Skim Latihan Akademik Bumiputera oleh Universiti Malaya serta mendapat tajaan penuh daripada Kementerian Pendidikan Tinggi bagi pengajian Ijazah Kedoktorannya di Universiti Malaya dalam bidang Fonetik dan Fonologi (Arab), serta beliau berjaya menamatkan kedoktorannya secara rasmi pada awal tahun 2024. Dr. Muhammad Ridha juga merupakan pemegang tauliah mengajar al-Quran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi kategori dewasa dan kanak-kanak sejak tahun 2014. Selain itu, kecenderungan utama beliau adalah pada bidang Fonetik dan Fonologi; fonetik artikulatori, fonetik akustik dan fonetik auditori. Tidak kurang juga pada bidang Psikolinguistik Arab; Pemerolehan Bahasa Kedua dan Fosilisasi Bahasa. Beliau kini sedang aktif berkolaborasi bersama Persatuan Berdaftar/NGO dalam beberapa penyelidikan berkaitan psychological phonology dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas (Disleksia) dari aspek literasi bahasa Arab dan pemprosesan fonologi.
PROFILE
Address
Department of Arabic Language and Middle Eastern Languages, Faculty of Languages and Linguistics Office of The, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
Website
umexpert.um.edu.my/mardha67
CONTACT
Telephone
03-79673113
Email
mardha67
mardha67
RESEARCH ID
QR Code
Orcid id
https://orcid.org/0009-0003-6862-7539
Researcher id
KHE-1184-2024
Scopus id
ACADEMIC QUALIFICATION
Doctoral Degree (Phd), , Universiti Malaya (UM), 2024
Master Degree, Arts, International Islamic University Malaysia (IIUM), 2017
Bachelor Degree, Arts, Universiti Putra Malaysia (UPM), 2015
PROFESSIONAL MEMBERSHIP/ FELLOWSHIP
WORKING EXPERIENCE
RESEARCH ACHIEVEMENT
Research Areas
Psychological Phonology, Phonetic Sciences, Neurolinguistics
H Index: -
Total Journal Publication: 0
Sum of Citation: -
Books: 1
Proceedings: 0
Research Grants: More than RM Twenty five thousand