Profile

MADAM NUR FITRI BINTI YUSOFF

Dean Office

Academy of Islamic Studies

nurfitrium.edu.my

Academic Links

Nur Fitri binti Yusoff memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah (al-Fiqh dan Usul al-Fiqh) dari Universiti Al-Albayt, Jordan pada tahun 2018. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian dalam Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2022 dan berjaya menamatkannya pada tahun 2023. Semasa menuntut di Jordan, beliau diberikan amanah dan tanggungjawab sebagai Timbalan Bendahari dan Ahli Majlis Tertinggi, Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Al-Albayt (PRISMA). Dalam peranan ini, beliau terlibat aktif dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh persatuan, memberikan beliau pengalaman berharga dalam pengurusan dan kepimpinan.

Selepas kembali ke Malaysia, beliau berkhidmat dalam pelbagai peranan berkaitan pendidikan. Antaranya, beliau pernah menjadi Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di bawah Jabatan Agama Islam Selangor, guru ganti Pendidikan Islam di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Seremban, dan pernah bertugas sebagai Guru KAFA di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Dengan latar belakang akademik dan pengalaman yang ada, beliau kini bertugas sebagai Pensyarah Asasi di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Pusat Pendidikan Universiti Malaya (UMEC), Bachok, Kelantan (Oktober 2024-kini).

Top Collaborators
Sorry, no collaborator found
Annual Publications
Annual Research Projects
Supervision
Master PhD Dual PhD