Curriculum Vitae

MADAM NUR FITRI BINTI YUSOFF

Education Officer
  • Dean Office
    Academy of Islamic Studies
  • nurfitri
  • 09-7793000

BIOGRAPHY


Nur Fitri binti Yusoff memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah (Fiqh dan Usul) dari Universiti Al-Albayt, Jordan pada tahun 2018. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian dalam Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2022 dan berjaya menamatkannya pada tahun 2023. Semasa menuntut di Jordan, beliau diberikan amanah dan tanggungjawab sebagai Timbalan Bendahari dan Ahli Majlis Tertinggi, Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Al-Albayt (PRISMA). Dalam peranan ini, beliau terlibat aktif dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh persatuan, memberikan beliau pengalaman berharga dalam pengurusan dan kepimpinan.

Selepas kembali ke Malaysia, beliau berkhidmat dalam pelbagai peranan berkaitan pendidikan. Antaranya, beliau pernah menjadi Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di bawah Jabatan Agama Islam Selangor, guru ganti Pendidikan Islam di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Seremban, dan pernah bertugas sebagai Guru KAFA di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Dengan latar belakang akademik dan pengalaman yang ada, beliau kini bertugas sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Pusat Pendidikan Universiti Malaya (UMEC), Bachok, Kelantan (Oktober 2024-kini).

ACADEMIC QUALIFICATION


  • SARJANA MUDA SYARIAH, (Fiqh dan Usul)
    Albayt University, Jordan
  • DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN, (Pendidikan Islam)
    Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)