DR. KOHILAVANI A/P NAGANTHRAN

DR KOHILAVANI NAGANTHRAN is a Senior Lecturer in the Institute of Mathematical Sciences, Faculty of Science, Universiti Malaya (UM). She is currently the Manager (Research service) of the Centre for Data Analytics Consultancy and Services (UM-CDACS). She received the first-class honours in Bachelor of Science in Mathematics with Statistics from the Universiti Selangor in 2012. She then went on to pursue a Master of Science (2013) and Doctor of Philosophy (Ph.D.) degrees in Mathematics at Universiti Kebangsaan Malaysia in 2015. Upon graduation of Ph.D. in 2019, she is an active researcher in the field of fluid mechanics, heat transfer, boundary layer theory, heat transfer in Newtonian and non-Newtonian fluids, nanofluids, magneto-hydrodynamics and convective flow. Previously, she has been worked as a Postdoctoral Researcher and Senior Lecturer in the Department of Mathematical Sciences, Faculty of Science & Technology, Universiti Kebangsaan Malaysia. Recently, she was listed among the top 2% of scientists worldwide for the year 2023 by Stanford University through the Elsevier data repository.

show more »
DR. CHARITY LEE CHIN AI

Charity Lee is currently Senior Lecturer and Deputy Dean (Research and Innovation) at the Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya. Her main areas of research include narrative analysis and discourse analysis, particularly involving social practices surrounding migrant and vulnerable groups, as well as narrative methodology. Her research also includes communication practices in media, politics, and healthcare. More recently, she has begun employing participatory and arts-based methods in her work with vulnerable groups. She has published in Sociological Research Online; Discourse, Context and Media; Discourse and Society; Emotion, Space and Society; Patient Education and Counseling; International Journal of Medical Informatics; and Perspectives - Studies in Translation Theory and Practice. She teaches German linguistics at the undergraduate level and a range of discourse analysis approaches at the post-graduate levels. She welcomes supervision of postgraduate students on topics relating to healthcare and forced migration employing discourse analysis, particularly narrative analysis approaches, participatory action research and arts-based research.

show more »
MR. MUHD SUFILLAH BIN MOHD SOYONG

Muhd Sufillah bin Mohd Soyong ialah seorang penyarah bahasa di Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-bahasa Timur Tengah di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Anak jati negeri Serendah Sekebun Bunga ini berasal dari daerah Kubang Kerian, Kota Bharu. Tanggal 24 Disember 1984 menjadi detik sejarah kelahiran beliau di Hospital Besar Kota Bharu yang diberi nama Hospital Raja Perempuan Zainab II. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dan dibesarkan oleh seorang ayah yang telah berhijrah kepada agama fitrah ini. Mohd Soyong bin Abdullah ataupun nama sebelum memeluk agama yang mulia ini adalah Soo Sow Yong adalah seorang muallaf berbangsa Cina yang telah dilahirkan pada 24 Januari 1947 oleh ibunda yang berasal dari Tanah Besar China. Setelah hidup dan membesar dalam masyarakat Melayu di Kampung Tanjung Gadung, Negeri Sembilan, beliau telah mendalami Islam dan memilih untuk melalui jalan kebenaran ini lalu membuat keputusan untuk berhijrah ke negeri Serambi Mekah. Disana beliau telah tertarik dengan anak gadis Kampung Kedai Piah, Ketereh lalu memutuskan untuk hidup bersama sang gadis dinegeri ini. Hasil perkongsian hidup bersama Siti fatemah binti Abdullah, beliau dikurniakan 6 cahaya mata, seorang srikandi sulung dan 5 orang pahlawan. Muhd Sufillah adalah anak yang keempat yang berkongsi sifat tanah bersama kakanda sulung. Beliau telah mendapat pendidikan awal sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1, Kota Bharu, Kelantan bermula dari darjah satu sehingga darjah enam. Walaupun bintangnya tidak terlalu menyerlah disekolah ini, tetapi beliau terpilih untuk menjadi pengawas ketika berada didarjah enam. Beliau pernah mewakili sekolah dalam permainan badminton dan mendapat pingat Perak peringkat MSSK negeri Kelantan. pernah jupa terpilih sekali untuk mewakili Kelantan tetapi tewas dipusingan awal menentang negeri pahang ketika itu. Beliau aktif dalam sukan-sukan lain dan pernah mewakili sekolah dalam sukan bola tampar, hoki dan galah panjang juga. Melangkah ke alam remaja, ayahanda tercinta telah memilih untuk memberi pendidikan agama dan bahasa Arab untuk semua anak-anak beliau lalu dihantar untuk meneruskan pelajaran sekolah menengah di SMA(A) Ma'ahad Muhammadi lilbanin, Kota Bharu. Salah sebuah sekolah menengah agama Arab yang terkemuka dinegeri bertuah ini. Maka bermulalah episod baru dalam hidup beliau bermula dengan peringkat peralihan, naik ke tingkatan 1 hinggalah ujian yang paling berat menimpa hidup di tingkatan 2 pada tarikh penuh duka 19 Februari 1999 apabila ayahanda tercinta dijemput mengadap YANG MAHA KUASA selepas diuji dengan penyakit strok buat kali kedua setelah mengalaminya kali pertama pada 1993. Walaupun terpaksa menghadapi ujian hidup yang amat berat ini, ujian PMRU iaitu Penilaian Menengah Rendah Ugama juga perlu dihadapi pada tahun yang sama. Berkat ayahanda dan Bonda yang senantiasa mendoakan insan yang kerdil ini, beliau telah berjaya memperolehi 9A dan 1B. Tidak pernah terdetik dalam hati Bonda tercinta untuk melepaskan anakanda daripada belaian kasih sayang beliau, tetapi takdir tertulis dan anakanda beliau ditawarkan untuk melanjutkan pengajian peringkat sekolah menengah rendah di Kuwait bersama seorang lagi rakan, Mohd Lotfi bin Nor Azmi. Teman dan sahabat yang banyak melalui suka duka bersama kerana terpaksa berjauhan dari keluarga tercinta diusia hingusan lagi. Dihujung bulan September 2000, anak muda ini bersama teman seperjuangan menjejak kaki dibumi Kuwait yang penuh tuah dan berkat untuk meneruskan pembelajaran setahun di peringkat sekolah menengah rendah dan 4 tahun di peringkat menengah tinggi hinggalah tergolong dalam 5 teratas pada tahun akhir peperiksaan Rabi' Thanawi yang sama taraf dengan A level. Sekolah yang senantiasa dalam kenangan ini adalah Ma'ahad Dinie Lilbanin, Qortuba. Rentetan itu, beliau ditawarkan pula biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajaran diperingkat sarjana muda di Kuwait Universiti.Disini, beliau memilih Faculty of Arts; Fakulti Sastera dalam bidang sintaksis bahasa Arab. Walaupunhati beliau cenderong kepada Shariah tetapi kerana mengetahui kekurangan diri lalu beliau memilih bidang bahasa Arab sebagai major dan Shari'ah sebagai minor. Pada tahun 2012 beliau berjaya menggenggam segulung ijazah dalam bidang bahasa Arab daripada Universiti Kuwait bahkan telah memperolehi segenggam sijil yang lebih bernilai dan bersejarah dalam hidup beliau setahun sebelum itu pada tarikh keramat, 31 Ogos 2011. Pada tarikh tersebut, beliau mendapat sijil nikah dan bergelar suami kepada Azati binti Ab Aziz.  Dipenghujung tahun 2012 beliau pulang ke tanah air dan telah mengambil sijil IELTS untuk tujuan pekerjaan sebagai nilai tambah dan membuka peluang untuk melanjutkan pelajaran di masa hadapan. Sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya, beliau mendapat tawaran untuk menjadi Guru Bahasa di Akademi Pengajian islam Universiti Malaya cawangan Nilam Puri diperingkat asasi. Beliau berada dibawah Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik tetapi ditempatkan dibawah APIUM, Nilam Puri bermula 2 Januari 2013 sehingga Feb 2017. Setelah itu beliau dipanggil kembali untuk berkhidmat di Fakulti Bahasa dan Linguistik bagi membantu jabatan yang dikasihi, Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-bahasa Timur Tengah kerana ramai staf sedia ada sudah mula bersara. Perkhidmatan beliau di jabatan ini bermula pada bulan Februari 2017 sehinggalah ke hari ini. Perjuangan bersama jabatan ini akan diteruskan sehingga hujung nyawa.

show more »

RECENT PUBLICATION

LATEST AWARDED GRANT