MR. MUHD SUFILLAH BIN MOHD SOYONG

Muhd Sufillah bin Mohd Soyong ialah seorang penyarah bahasa di Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-bahasa Timur Tengah di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Anak jati negeri Serendah Sekebun Bunga ini berasal dari daerah Kubang Kerian, Kota Bharu. Tanggal 24 Disember 1984 menjadi detik sejarah kelahiran beliau di Hospital Besar Kota Bharu yang diberi nama Hospital Raja Perempuan Zainab II. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dan dibesarkan oleh seorang ayah yang telah berhijrah kepada agama fitrah ini. Mohd Soyong bin Abdullah ataupun nama sebelum memeluk agama yang mulia ini adalah Soo Sow Yong adalah seorang muallaf berbangsa Cina yang telah dilahirkan pada 24 Januari 1947 oleh ibunda yang berasal dari Tanah Besar China. Setelah hidup dan membesar dalam masyarakat Melayu di Kampung Tanjung Gadung, Negeri Sembilan, beliau telah mendalami Islam dan memilih untuk melalui jalan kebenaran ini lalu membuat keputusan untuk berhijrah ke negeri Serambi Mekah. Disana beliau telah tertarik dengan anak gadis Kampung Kedai Piah, Ketereh lalu memutuskan untuk hidup bersama sang gadis dinegeri ini. Hasil perkongsian hidup bersama Siti Fatemah binti Abdullah, beliau dikurniakan 6 cahaya mata, seorang srikandi sulung dan 5 orang pahlawan. Muhd Sufillah adalah anak yang keempat yang berkongsi sifat tanah bersama kakanda sulung. Beliau telah mendapat pendidikan awal sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1, Kota Bharu, Kelantan bermula dari darjah satu sehingga darjah enam. Walaupun bintangnya tidak terlalu menyerlah disekolah ini, tetapi beliau terpilih untuk menjadi pengawas ketika berada didarjah enam. Beliau pernah mewakili sekolah dalam permainan badminton dan mendapat pingat Perak peringkat MSSK negeri Kelantan. pernah jupa terpilih sekali untuk mewakili Kelantan tetapi tewas dipusingan awal menentang negeri pahang ketika itu. Beliau aktif dalam sukan-sukan lain dan pernah mewakili sekolah dalam sukan bola tampar, hoki dan galah panjang juga. Melangkah ke alam remaja, ayahanda tercinta telah memilih untuk memberi pendidikan agama dan bahasa Arab untuk semua anak-anak beliau lalu dihantar untuk meneruskan pelajaran sekolah menengah di SMA(A) Ma'ahad Muhammadi lilbanin, Kota Bharu. Salah sebuah sekolah menengah agama Arab yang terkemuka dinegeri bertuah ini. Maka bermulalah episod baru dalam hidup beliau bermula dengan peringkat peralihan, naik ke tingkatan 1 hinggalah ujian yang paling berat menimpa hidup di tingkatan 2 pada tarikh penuh duka 19 Februari 1999 apabila ayahanda tercinta dijemput mengadap YANG MAHA KUASA selepas diuji dengan penyakit strok buat kali kedua setelah mengalaminya kali pertama pada 1993. Walaupun terpaksa menghadapi ujian hidup yang amat berat ini, ujian PMRU iaitu Penilaian Menengah Rendah Ugama juga perlu dihadapi pada tahun yang sama. Berkat ayahanda dan Bonda yang senantiasa mendoakan insan yang kerdil ini, beliau telah berjaya memperolehi 9A dan 1B. Tidak pernah terdetik dalam hati Bonda tercinta untuk melepaskan anakanda daripada belaian kasih sayang beliau, tetapi takdir tertulis dan anakanda beliau ditawarkan untuk melanjutkan pengajian peringkat sekolah menengah rendah di Kuwait bersama seorang lagi rakan, Mohd Lotfi bin Nor Azmi. Teman dan sahabat yang banyak melalui suka duka bersama kerana terpaksa berjauhan dari keluarga tercinta diusia hingusan lagi. Dihujung bulan September 2000, anak muda ini bersama teman seperjuangan menjejak kaki dibumi Kuwait yang penuh tuah dan berkat untuk meneruskan pembelajaran setahun di peringkat sekolah menengah rendah dan 4 tahun di peringkat menengah tinggi hinggalah tergolong dalam 5 teratas pada tahun akhir peperiksaan Rabi' Thanawi yang sama taraf dengan A level. Sekolah yang senantiasa dalam kenangan ini adalah Ma'ahad Dinie Lilbanin, Qortuba. Rentetan itu, beliau ditawarkan pula biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajaran diperingkat sarjana muda di Kuwait Universiti.Disini, beliau memilih Faculty of Arts; Fakulti Sastera dalam bidang sintaksis bahasa Arab. Walaupunhati beliau cenderong kepada Shariah tetapi kerana mengetahui kekurangan diri lalu beliau memilih bidang bahasa Arab sebagai major dan Shari'ah sebagai minor. Pada tahun 2012 beliau berjaya menggenggam segulung ijazah dalam bidang bahasa Arab daripada Universiti Kuwait bahkan telah memperolehi segenggam sijil yang lebih bernilai dan bersejarah dalam hidup beliau setahun sebelum itu pada tarikh keramat, 31 Ogos 2011. Pada tarikh tersebut, beliau mendapat sijil nikah dan bergelar suami kepada Azati binti Ab Aziz.  Dipenghujung tahun 2012 beliau pulang ke tanah air dan telah mengambil sijil IELTS untuk tujuan pekerjaan sebagai nilai tambah dan membuka peluang untuk melanjutkan pelajaran di masa hadapan. Sebelum tahun 2012 melabuhkan tirainya, beliau mendapat tawaran untuk menjadi Guru Bahasa di Akademi Pengajian islam Universiti Malaya cawangan Nilam Puri diperingkat asasi. Beliau berada dibawah Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik tetapi ditempatkan dibawah APIUM, Nilam Puri bermula 2 Januari 2013 sehingga Feb 2017. Setelah itu beliau dipanggil kembali untuk berkhidmat di Fakulti Bahasa dan Linguistik bagi membantu jabatan yang dikasihi, Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-bahasa Timur Tengah kerana ramai staf sedia ada sudah mula bersara. Perkhidmatan beliau di jabatan ini bermula pada bulan Februari 2017 sehinggalah ke hari ini. Perjuangan bersama jabatan ini akan diteruskan sehingga hujung nyawa.

show more »
PROF. DR. ZAHARAH BINTI HUSSIN

Dr. Zaharah Hussin is an Associate Professor in the Department of Educational Foundation and Humanities, Faculty of Education, University  Malaya (UM) born in Kedah. Prior to that, she was a secondary school teacher, SLAB tutor, lecturer and senior lecturer at UM. She is also a person who is also entrusted with administrative duties at UM since she started working as a lecturer in 1997 until now, starting from as the coordinator of Teaching Training, Head of Department and is now the Deputy Dean (Higher Degree) in her Faculty. Her academic expertise is in the field of teacher training and educational research especially Islamic Education, Curriculum, Values ​​and Akhlak Education, content analysis, Delphi techniques in research, model development and qualitative research in general. Dr. Zaharah is also active in publishing articles in national and international journals, academic books and presentations in conferences and webinars. Her book published by UM publisher entitled Akhlak  Education: Curriculum Analysis and Design was awarded the National Book Award 2018 Education category by the National Book Development Foundation in conjunction with the Book Fair 2018. He has also contributed teachers, researchers and experts particularly in Islamic Education field locally and internationally.

show more »
DR. FARZANA PARVEEN TAJUDEEN

I am a passionate academic committed to excellence in teaching, research, and service. Recognized for my innovative teaching and outstanding service, I have been honored with various awards such as Innovative Horizon Accolade Award, Professional innovator award, Service Excellence Award and the Certificate of Excellent Service. Additionally, I have played a key role in curriculum development, integrating data analytics, AI, and emerging technologies into business and information systems courses. My research contributions include 30 over publications, mostly indexed in WOS/Scopus, with a Scopus citation count of 1,348. I have been involved in nearly 18 research projects, with a total grant funding of approximately RM 900,000. At the university level, I have contributed to various committees, including the UM Research Ethics Committee, curriculum review panels, and academic advisory boards. I have also served as an e-learning coordinator and actively involved in mentoring students. Through international research collaborations, keynote speeches, and visiting scholar roles, I actively contribute to global academic discourse, foster interdisciplinary partnerships, and enhance knowledge exchange across borders.

show more »

RECENT PUBLICATION

LATEST AWARDED GRANT