PROF. DR. MOHD FAUZI BIN HAMAT

  Profesor Dr. Mohd Fauzi Hamat, dilahirkan pada 08 Ogos 1969 di Kampung Banggol Setol, Pasir Mas, Kelantan, Malaysia dan telah berkahwin dengan Puan Nurilhuda Haji Endut serta dikurniakan empat orang cahaya mata (dua lelaki dan dua perempuan). Mendapat pendidikan rendah dan menengah di Sekolah Menengah Arab, Khairiah, Banggol Setol, Pasir Mas, Kelantan (1975-1983), kemudian menyambung pengajian ke Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Kuala Terengganu (1987-1990) dan memperolehi Diploma Pengajian Islam (Usuluddin). Selepas itu, menyambung pengajian ke Universiti al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab (1991-1992) di Kulliyah al-Dirasat al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah. Selepas pulang ke tanah air, beliau berkhidmat sebagai Guru Sandaran di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan. Kemudian, berkhidmat sebagai Tutor di Fakulti Usuluddin, Akademi Islam, Universiti Malaya (sekarang dikenali sebagai Akademi Pengajian Islam) dan memperolehi Ijazah Sarjana Usuluddin (Falsafah Islam) (1997) dan PhD (Falsafah Islam) (2002) daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau dilantik sebagai Pensyarah pada tahun 2002, kemudian dinaikkan pangkat sebagai Pensyarah Kanan pada tahun 2006, Profesor Madya pada tahun 2007 dan Profesor pada tahun 2022. Pernah dilantik sebagai Pengarah/Dekan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (30.8.2021-31.12.2024), Pemangku Pengarah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1.4.2021-29.8.2021), Timbalan Pengarah (Ijazah Tinggi), Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (2016-2021), Ketua Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, UM (2006-2009 & 2010-2012), Ahli Jawatankuasa Rayuan Universiti (2020), Pengurus Jurnal Usuluddin (2003-2006) dan Ketua Editor Jurnal AFKAR (2006-2009 & 2010-2012), Ketua Unit Perundingan Islam (2003-2006) dan Penyelaras Program Pengajian Islam (2003-2006). Pernah menjadi felo penyelidik di Georgtown University, Washington DC (2001), University of Paris 7, Paris (2009) dan Leiden University, The Netherlands (2010). Dari segi khidmat perundingan, beliau  dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Dilantik Majlis Raja-Raja Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) (2017-2022), Ahli Panel Pakar Akidah JAKIM (2013-2021), Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (2005-2013), Ahli Panel Penasihat Pembangunan Hal Ehwal Islam (2020-2022), Ahli Panel Deradikalisasi, Kementerian Dalam Negeri (2017-2019), Pakar Rujuk Bagi Kes-Kes Keganasan Yang Disiasat Di Bawah Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-Langkah Khas) 2012 (2018-Kini), Ahli Lajnah Pengawalseliaan Pengamal Pengubatan Islam, Kementerian Kesihatan Malaysia (2018-2023), Ahli Lembaga Pengarah Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (2021-2024), Ahli Lembaga Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2021-2023),  Ahli Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang (2012-2023), Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (2023-2025), Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) (2009-2014) & (2018-2023), Panel Jawatankuasa Semakan Kurikulum Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Majlis Peperiksaan Malaysia, Penilai Luar Program Usuluddin, Fakulti Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Sultan Zainal Abidin (UnISZA), Kuala Terengganu (2009-2012) dan lain-lain lagi. Dari segi penglibatan dalam aktiviti luar, pernah menjadi Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), SMKA Maahad Hamidiah, Kajang Selangor (2011-2013), AJK PIBG Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang (2011-2013) dan Timbalan Nazir (Pengerusi) Masjid Bandar Bukit Puchong, Selangor (2009-2012).   Pernah menerbitkan beberapa buku ilmiah dan makalah dalam beberapa jurnal ilmiah  peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kebanyakan bukunya diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya seperti Akidah dan Pembangunan Modal Insan (2012), al-Asma’ al-Husna dan Modal Insan (2011), Pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (eds) (2007) dan Ketokohan al-Ghazzali di bidang Logik (2005). Kini bertugas sebagai Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya mulai 30.8.2021 hingga 31.12.2024. Pernah menjadi Pengurus Kualiti, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada tahun 2016-2017. Beliau juga pernah berkhidmat di Brunei sebagai Profesor Madya Kunjungan di Fakulti Usuluddin, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (2012-2014).           

show more »
DR. NOORHIDAYAH BT ZAINAL AALAM

Dr. Noorhidayah is a dental lecturer and paediatric dental specialist at the Faculty of Dentistry, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. She obtained her first degree in Bachelor of Dental Surgery from Universiti Malaya in 2010. She then served the Ministry of Health, Malaysia for five years as a dental officer in various urban and rural areas of Selangor. Afterward, she joined Universiti Malaya as a trainee lecturer in 2015 and pursed her specialist training in Paediatric Dentistry in University of Leeds, United Kingdom. She was awarded with a degree of Doctor in Paediatric Dentistry in 2019. Her career in dental education and as a clinical lecturer begins soon after. She has presented multiple case reports and research projects in international conferences since then. Currently, she is also trained in Behavioral Hypnotherapy and a member of various national and international associations related to Paediatric Dentistry and Hypnotherapy.

show more »
ASSOCIATE PROF. DR. NURUL LIYANA BINTI MOHD KAMIL

Nurul Liyana Mohd KAMIL is a Senior Lecturer in Human Resource Management and Organisational Behaviour, Faculty of Business and Economics, Universiti Malaya, Malaysia.She is currently a Postdoctoral Visiting Fellow at the Department of Management, the London School of Economics and Political Sciences in the United Kingdom. She holds a PhD in Human Resource Management from Universiti Sains Malaysia, Master of Business Administration from Universiti Teknologi MARA, and Bachelor of Business Administration (with Honours) in Human Resource Management from Universiti Tenaga Nasional, Malaysia. Her primary research interests include leadership, work engagement, employees' well-being and work performance.  She presently serves as the Associate Editor for Institute and Economies Journal and the Membership Officer for the Asia Pacific Academy for Psychosocial Factors at Work (www.apapfaw.org). She was awarded an ERASMUS+ grant and worked as a Visiting Lecturer at Vytautas Magnus University in Lithuania as part of the Staff Mobility for Teaching Programme. Her most recent articles have appeared in Web of Science and Scopus-indexed journals such as the Journal of Social Service Research, the Journal of Human Behaviour in the Social Environment, PLOS One, Problems and Perspectives in Management, the International Journal of Public Administration, and a few more. Her profile can be viewed at https://umexpert.um.edu.my/nurulliyana.html, and she can be reached by email (nurulliyana@um.edu.my / n.mohd-kamil@lse.ac.uk).

show more »

RECENT PUBLICATION

LATEST AWARDED GRANT