Muhd Sufillah bin Mohd Soyong ialah seorang penyarah bahasa di Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-bahasa Timur Tengah di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Anak jati negeri Serendah Sekebun Bunga ini berasal dari daerah Kubang Kerian, Kota Bharu. Tanggal 24 Disember 1984 menjadi detik sejarah kelahiran beliau di Hospital Besar Kota Bharu yang diberi nama Hospital Raja Perempuan Zainab II. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dan dibesarkan oleh seorang ayah yang telah berhijrah kepada agama fitrah ini. Mohd Soyong bin Abdullah ataupun nama sebelum memeluk agama yang mulia ini adalah Soo Sow Yong adalah seorang muallaf berbangsa Cina yang telah dilahirkan pada 24 Januari 1947 oleh ibunda yang berasal dari Tanah Besar China. Setelah hidup dan membesar dalam masyarakat Melayu di Kampung Tanjung Gadung, Negeri Sembilan, beliau telah mendalami Islam dan memilih untuk melalui jalan kebenaran ini lalu membuat keputusan untuk berhijrah ke negeri Serambi Mekah. Disana beliau telah tertarik dengan anak gadis Kampung Kedai Piah, Ketereh lalu memutuskan untuk hidup bersama sang gadis dinegeri ini. Hasil perkongsian hidup bersama Siti Fatemah binti Abdullah, beliau dikurniakan 6 cahaya mata, seorang srikandi sulung dan 5 orang pahlawan. Muhd Sufillah adalah anak yang keempat yang berkongsi sifat tanah bersama kakanda sulung. Beliau telah mendapat pendidikan awal sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1, Kota Bharu, Kelantan bermula dari darjah
PROFILE
Address
Department of Arabic Language and Middle Eastern Languages, Faculty of Languages and Linguistics Office of The, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
Website
umexpert.um.edu.my/sufie
CONTACT
Telephone
0379673081
0184098768
Email
sufie
RESEARCH ID
Orcid id
Researcher id
HJG-5578-2022
Scopus id