**Biografi Sedek bin Ariffin** Sedek bin Ariffin dilahirkan pada 20 Februari 1977 di Bagan Datoh, Perak, Malaysia. Beliau memulakan pendidikan awal Al-Quran dalam lingkungan keluarganya. Pada peringkat sekolah menengah, beliau menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River, sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat di Darul Quran JAKIM pada tahun 1998. Di Darul Quran, beliau dianugerahkan gelaran Hafiz Al-Quran dan telah mewakili Malaysia dalam pertandingan menghafaz Al-Quran di peringkat antarabangsa yang diadakan di Mekah al-Mukarramah. Setelah itu, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Al-Quran dan Al-Qiraat di Ma’had Qiraat Al-Azhar, Mesir, pada tahun 2002, diikuti dengan pengajian dalam bidang bahasa Arab di Universiti Umm Al-Qura, Makkah al-Mukarramah. Pada tahun 2005, beliau kembali ke Malaysia untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana pada tahun 2008 dan seterusnya ke peringkat Doktor Falsafah pada tahun 2011 di Universiti Malaya. Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah sambilan di Darul Quran JAKIM sebelum memulakan kerjaya di Universiti Malaya pada tahun 2009. Kini, beliau menjawat jawatan sebagai Profesor Madya di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Kepakaran beliau terletak dalam bidang hafazan Al-Quran dan Al-Qiraat. Di samping itu, beliau aktif dalam penulisan akademik mengenai hafazan Al-Quran, dengan banyak kertas kerja dibentangkan di pelbagai persidangan dan seminar di negara-negara seperti Indonesia, Brunei, Thailand, Vietnam, Korea, China, Turki, Iraq, Poland, dan United Kingdom. Beliau
PROFILE
Address
Department of Al-quran and Al-hadith, Academy of Islamic Studies Office of The, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
Website
umexpert.um.edu.my/sedek2001
CONTACT
Telephone
+603-79676045
019-2706510
Email
sedek2001
RESEARCH ID
Orcid id
https://orcid.org/0000-0003-0249-3163
Researcher id
B-9710-2010
Scopus id
55602727300