Mohamad Saleeh Rahamad lahir pada 1964 di Chemor, Perak. Berkelulusan Ijazah Sarjana Sastera dan PhD daripada Universiti Malaya. Beliau kini menjadi pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya. Sebelum itu beliau pernah menjadi wartawan dan subeditor akhbar Watan selama hampir dua tahun. Beliau pernah memenangi beberapa sayembara penulisan seperti Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Utusan Melayu--Public Bank, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, Sayembara Cerpen Esso-Gapena VII, Sayembara Cerpen DBKL-DBP (1990), Sayembara Cerpen Inter-Varsiti. Kerap dilantik menjadi hakim sayembara sastera dan hadiah penghargaan sastera: Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM), Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU), Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan 2015, Hadiah Sastera Darul Ta’zim, Hadiah Sastera Darul Iman, Anugerah Sastera Negeri Kelantan, Hadiah Sastera Penulis Sarawak, Sayembara Menulis Novel Sejarah untuk Remaja DBP-PSM 2014/2015, Sayembara Fiksyen Sains dan teknologi UTM-Kumpulan Utusan, Sayembara Novel Sejarah Johor Darul Ta’zim, dan lain-lain. Kini beliau merupakan Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) (sejak 2010) dan Ahli Jawatankuasa Kerja Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), ahli seumur hidup Lembaga Pembangunan Sastera Negeri Perak (LEPAS), dan ahli Persatuan Editor Malaysia. Mewakili PENA juga dilantik sebagai Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penerbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia-PENA. Di Jabatan Pengajian Media beliau mengajarkan subjek Penguasaan Bahasa Komunikasi, Bentuk dan Gaya Penulisan Media, Menulis Kritikan Kesusasteraan, Menulis Cerpen, Menulis Puisi, Menulis Novel, Penyuntingan, Menulis Biografi, Penulisan Rencana, dan Karya Agung.
PROFILE
Address
Department of Media and Communication Studies, Faculty of Arts and Social Sciences Office of The, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
Website
umexpert.um.edu.my/saleeh
CONTACT
Telephone
79675660
Email
saleeh
saleeh334
RESEARCH ID
Orcid id
Researcher id
AAZ-8077-2021
Scopus id
57044868500