Hibatullah binti Zamri dilahirkan pada 26 Februari 1992 di Damascus, Syria. Beliau merupakan seorang pendidik dalam bidang Bahasa Arab yang berkelulusan tinggi dan berpengalaman luas dalam dunia pendidikan. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik (Bahasa Arab) dari Universiti Malaya (UM). Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Bahasa Arab) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Selain itu, beliau turut memiliki Diploma Pengajian Lepasan Ijazah dari Open University Malaysia (OUM). Dari segi pengalaman kerjaya, beliau pernah berkhidmat sebagai guru di Maahad Muhammadi Lelaki Labok, Machang, serta memegang jawatan sebagai Pengurus Tadika Nuraniyyah. Di samping itu, beliau juga mempunyai pengalaman sebagai Guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Seri Kota, Kota Bharu Kelantan. Kini, beliau berkhidmat sebagai Pensyarah Bahasa di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UMEC), cawangan Bachok, Kelantan. Dengan latar belakang akademik yang kukuh dan pengalaman praktikal dalam pengurusan serta pengajaran, beliau komited dalam memperkasa pendidikan Bahasa Arab dan pembangunan sahsiah pelajar.
PROFILE
Address
Dean Office, Academy of Islamic Studies Office of The, University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
Website
umexpert.um.edu.my/hiba
CONTACT
Telephone
09-7793000
Email
hiba
RESEARCH ID
Orcid id
Researcher id
000
Scopus id